Pada pengikut setia Mobile Legend: Bang Bang pasti tahu mengenai acara 515 Unite United We Win yang telah dimulakan lokasinya di Malaysia iaitu di Pulau Pinang April lalu. Kini untuk lokasi terakhir yang akan diadakan esok 18 Mei 2019 ialah di ibu negara kita Kuala Lumpur, bertempat di Farenhite 88 Shopping Mall, Bukit Bintang bermula jam 12.00 pm sehingga 6.00 pm.
Jadi inilah peluang korang untuk sertai mini competitions, cosplay, berjumpa dengan artis dan pelbagai lagi! Baiklah kami kongsikan apa lagi aktiviti menarik yang akan hadir dalam acara 515 Unite ni;
• Selesaikan misi dalam aplikasi MLBB bersama-sama
• Berjumpa dan bergambar dengan Sazali Samad (sebagai Badang), fierafendi, MGAG, Meera “NeverOne” Dros dan Ikuto00
• Bergambar bersama Miya, Alucard, Tigreal, Fanny dan Eudora
• Peluang untuk berjumpa dan bertarung dengan Team Xpax X-Assins • Pertandingan tarian untuk lagu tema 515 United We Win [bit.ly/my515dancechallenge ]
• Cabutan bertuah
Bukan takat cabutan bertuah pelbagai hadiah menarik untuk korang menangi kat acara tu nanti !!!! Antaranya;
• 515 United We Win Goodie Bag (termasuk lanyard, kipas, straw dan pelbagai voucher) x400
• 515 United We Win T-shirt x400
• 515 Figura MIYA edisi terhad x4
• Hyper X Cloud 2 (Silver) x2
• Hyper X Cloud Alpha x2
• Hyper X Revolver S x1
Nampak siap ada patung figurin Miya ni yang menjadi perhatian, bukan takat tu je Headset HYPERX juga peluang korang untuk menang ye!
Selain itu inilah peluang korang untuk dapatkan kad Touch N’ Go edisi terhad MLBB berharga RM25 sahaja serta mendapat tawaran pizza 515 dari Domino’s Pizza Malaysia!
Kad Touch N’ Go edisi terhad MLBB ni memang nampak cantik lah! Rugi korang kalau terlepas! Korang boleh tekan sini untuk lebih info pasal kad ni [ bit.ly/my515tng ]
Tawaran apa yang korang leh dapat untuk Domino’s Pizza ni? Korang boleh lihat sendiri laman web ini [ bit.ly/DominosUnitedWeWin ]
Korang boleh lihat sendiri betapa meriahnya acara 515 Unite sebelum ini di video ini;
Okay jadi jangan lepaskan peluang korang untuk acara 515 Unite hari terakhir esok!! Cepat daftar di sini: [bit.ly/my515registration]
Sebarang pertanyaan korang boleh direct tekan link ni: [ bit.ly/askaboutmy515]
Sumber: Facebook @MobileLegendsGameMalaysia
@gamersantaimy
Discussion about this post