Atlus dan Sega telah mendedahkan barisan pertama pelakon suara bahasa Inggeris untuk Persona 4 Revival, iaitu versi remake bagi RPG klasik kegemaran ramai yang bakal dilancarkan pada tahun depan.
Berbeza dengan versi bahasa Jepun yang mengekalkan barisan pelakon suara asal, versi dub bahasa Inggeris untuk remake ini akan menampilkan barisan pelakon yang baharu sepenuhnya.
Berikut ialah senarai pelakon suara bahasa Inggeris yang diumumkan berserta watak Persona 4 Revival yang bakal mereka pegang:
- Protagonis (Yu Narukami): Disuarakan oleh Nazeeh Tarsha (menggantikan Johnny Yong Bosch). Tarsha cukup dikenali menerusi watak Alhaitham dalam Genshin Impact dan Kafka dalam Kaiju No. 8.
- Yosuke Hanamura: Disuarakan oleh Paul Castro Jr. (menggantikan Yuri Lowenthal). Castro sebelum ini pernah meminjamkan suaranya dalam Neo: The World Ends with You selain memegang peranan sampingan dalam Persona 3 Reload.
Probably falling off a bike somewhere – Yosuke Hanamura will be voiced by Paul Castro Jr.! @PaulCastroJr pic.twitter.com/tEDfJ5bAzA
— Official ATLUS West (@Atlus_West) June 16, 2026
- Chie Satonaka: Disuarakan oleh Anne Yatco (menggantikan Erin Fitzgerald dalam Persona 4 Golden dan Tracey Rooney dalam versi PS2). Antara peranan popular Yatco sebelum ini termasuklah Raiden Shogun dalam Genshin Impact dan Nobara Kugisaki dalam Jujutsu Kaisen.
We can’t forget our meat-loving, kicking queen Chie Satonaka, voiced by Anne Yatco! @annejyatco pic.twitter.com/cAJX1o1qWb
— Official ATLUS West (@Atlus_West) June 16, 2026
- Yukiko Amagi: Disuarakan oleh Brianna Knickerbocker (menggantikan Amanda Winn Lee). Beliau cukup dikenali sebagai suara di sebalik watak Hu Tao dalam Genshin Impact dan Rem dalam siri anime Re:Zero.
This just inn – the soft-spoken Yukiko Amagi will be voiced by Brianna Knickerbocker! @briannanoellek pic.twitter.com/u8WdaGSgq4
— Official ATLUS West (@Atlus_West) June 16, 2026
- Marie: Disuarakan oleh Ari Thrash (menggantikan Eden Riegel). Thrash sebelum ini pernah menyumbang suara untuk watak Yao Guang dalam Honkai: Star Rail.
Rounding us out is the fashionable Velvet Room assistant, Marie, voiced by Ari Thrash! @AriThrashVO pic.twitter.com/2mZgohLg3n
— Official ATLUS West (@Atlus_West) June 16, 2026
Kita juga tidak perlu menunggu lama untuk melihat perkembangan lanjut mengenai remake ini. Atlus bakal mengadakan satu sesi livestream khas Persona 4 Revival pada 19 Jun 2026. Sesi ini akan dihoskan oleh Pengarah dan Penerbit Kreatif P-Studio, Kazuhisa Wada. Beliau dijangka berkongsi butiran baharu tentang gameplay dan perubahan moden yang bakal dibawa ke game.
Game ini akan keluar pada 18 Februari 2027 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (melalui Steam dan Microsoft Store). Ia juga akan tersedia di Xbox Game Pass seawal hari pertama pelancaran, di mana sesi pre-order sudah pun dibuka di semua platform.









Discussion about this post