Semasa Level Up KL 2023, kami sempat menghadiri panel oleh Yamamoto Masami dan Ito Darin daripada Shueisha Games, dan Gan “DC” Dong Chee daripada Magnus Game Studio, pembangun tempatan yang bekerjasama dengan Shueisha Games untuk project terbaru mereka, Project Survival.
Kami telah diperkenalkan dengan sejarah ringkas mengenai Shueisha, syarikat terkenal dengan penerbitan majalah manga Jump, majalah yang memperkenalkan siri-siri hebat seperti Dragon Ball, One Piece, Naruto dan banyak lagi! Mereka kemudian bercakap tentang keputusan mereka untuk menceburi perniagaan baharu dan sebab mereka ingin mengembangkan kepada bentuk ciptaan baharu seperti kandungan digital, game dan medium lain. Sebagai contoh, Manga Board Game yang menggunakan IP Shueisha sedia ada untuk dijadikan board game yang dipanggil, Manga Board Game. Game tersebut hanya tersedia di Jepun buat masa ini.
“Kami mahu lakukan perkara ini dengan jiwa yang sama dalam perniagaan kami yang ditubuhkan, iaitu menjaga pencipta dan membawa kandungan menarik baharu kepada dunia, justeru mengapa kami menceburi perniagaan penerbitan,” kata Ito.
Mereka seterusnya menekankan bahawa sebagai sebuah syarikat besar yang mempunyai banyak hubungan yang mantap, mereka mahu menggunakan kuasa mereka untuk membantu mempromosikan dan memasarkan permainan daripada pencipta yang bercita-cita tinggi. Sebagai cara untuk membantu memasarkan game indie, Shueisha menyebut bahawa mereka akan menggunakan IP sedia ada mereka dan membantu promosikan tajuk akan datang dengan siri majalah Jump.
Selain itu, laman web rasmi Shueisha Games juga mempunyai portal untuk pencipta yang bercita-cita tinggi untuk bentangkan idea mereka kepada penerbit. Shueisha Games menyifatkan nilai teras mereka terhadap penerbitan tajuk sebagai seperti unicorn.
“Nilai unicorn ialah apa yang kami pegang pada penghujung projek pencipta. Apa yang kami katakan ialah sebagai pencipta, anda mencipta konsep baharu yang sangat menarik. Dan konsep di sini, apa yang diwakilinya ialah titik tajam tanduk unicorn.”
“Apa yang juga penting ialah, seperti badan unicorn, keseluruhan game mesti memastikan orang ramai akan menikmatinya. Tanpanya, anda hanyalah tanduk tanpa unicorn. Dan seperti yang disebutkan, anda hanya boleh mempunyai tanduk, tetapi anda juga boleh mempunyai badan, maka anda hanya seekor kuda, itulah sebabnya gabungan kedua-duanya adalah satu kemestian.”
Menjelang penghujung panel, DC Gan daripada Magnus Games Studio menyertai dan melahirkan rasa terima kasih kerana bekerjasama dengan Shueisha Games, serta menerangkan pengalaman positifnya.
“Kita semua ada di sini ada sebab, kan? Untuk membuat game impian kami,” kata DC.
“Realiti ialah apabila kita perlu melaksanakan rancangan, terdapat banyak perkara yang berlaku. Kami memerlukan orang, kami memerlukan dana, dan kami memerlukan banyak sokongan.”
“Kami sangat bertuah kerana mempunyai Shueisha Games yang memberi kami banyak sokongan.”
Malaysia Digital Content Festival 2023 (MYDCF) akan diadakan dari 27 September 2023 hingga 1 Oktober 2023 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Jika ada masa, ayuh ikut serta sekali.
Baca segala liputan kami tentang Level Up KL di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post