Di Level Up KL 2023, Vladislav Tsopljak (Vlad) selaku Pengasas bersama dan CCO Neon Doctrine hadir memberikan sedikit penjelasan mengenai cara Steam berfungsi kepada pembangun dan juga penerbit. Terutamanya cara untuk membuatkan game mudah dijumpai di Steam yang mempunyai lebih daripada 120 juta pengguna setiap bulan. Untuk pengetahuan anda, Neon Doctrine merupakan penerbit game yang terkenal dengan game seperti The Legend of Tian Ding, Simulacra, My Lovely Wife dan banyak lagi!
Semasa pembentangan, Vladislav memberikan pandangan tentang cara algoritma Steam berfungsi dan mengesyorkan pembangun mengambil perhatian tentang pelbagai aspek game mereka untuk memudahkan game mereka dipamerkan.
Pertama, Vladislav memberikan penjelasan ringkas tentang apa itu Steamworks, perkhidmatan yang direka untuk membantu pembangun dan penerbit mengedarkan game mereka di Steam dan memanfaatkannya sepenuhnya. Dia kemudian membentangkan kepada penonton laman kedai game yang diterbitkan dan menasihatkan pembangun lain untuk memberi perhatian kepada pelbagai elemen pada halaman tersebut untuk meningkatkan keterlihatan game mereka. Dia turut menekan bahawa lokalisasi dan dan tag yang sesuai akan banyak membantu algoritma. Jika pembangun mempunyai Store Page dalam pelbagai bahasa, pastikan segala media yang digunakan turut diterjemah dalam bahasa tersebut.
Selain itu, Vladislav menyatakan bahawa pencipta harus memanfaatkan sepenuhnya kedua-dua halaman pembangun dan komuniti di Steam, kerana pertama ia membenarkan mereka mempromosikan game mereka kepada peminat mereka dengan update, manakala kedua ia juga membantu mereka untuk melibatkan diri dengan komuniti.
Sebagai tambahan, terdapat juga ciri komuniti seperti livestream, pengumuman, festival dan banyak lagi. Pembangun perlu memanfaatkan segalanya supaya game lebih mudah dijumpai di platform tersebut.
Vlad juga mengetengahkan beberapa alatan dan peluang yang boleh dimanfaatkan oleh pembangun serta penerbit seperti Steam Next Fest dan Point Shop. Lebih-lebih lagi dengan Steam Next Fest memberikan peluang untuk game anda dijumpai oleh pengguna Steam. Menariknya, Vlad turut mengongsikan dokumen Steamworks untuk pengunjung supaya mereka memahami lebih lanjut tentang cara pengedaran berfungsi di Steam.
Malaysia Digital Content Festival 2023 (MYDCF) akan diadakan dari 27 September 2023 hingga 1 Oktober 2023 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Jika ada masa, ayuh ikut serta sekali.
Baca segala liputan kami tentang Level Up KL di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post