Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ingin Baca Manga Digimon? Platform “Digimon Comic” Bakal Hadir Pada 2024!

Maira by Maira
March 11, 2024
in Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Ingin Baca Manga Digimon? Platform “Digimon Comic” Bakal Hadir Pada 2024!

Sumber: Digimon Partners

Share on FacebookShare on Twitter

Semasa acara livestream Digimon Con 2024 pada hujung minggu yang lalu, kita telah didedahkan dengan pelbagai pengumuman menarik tentang francais tersebut. Daripada komik, kad game, novel dan banyak lagi. Salah satu berita yang menarik perhatian kami adalah mengenai platform khas yang bakal menyediakan pelbagai tajuk manga Digimon!

Melalui pendedahan tersebut, platform manga tersebut akan tersedia melalui laman web rasmi Digimon. Manga yang akan dilepaskan pada platform tersebut akan tersedia dalam dua bahasa iaitu bahasa Jepun dan bahasa Inggeris. Jadi tiada masalah untuk peminat antarabangsa untuk membacanya nanti.

Sumber: Digimon Partners

Selain itu, platform manga itu juga akan melepaskan manga yang memenangi “Digimon Comic Award”, termasuklah karya-karya lain. Sebagai tambahan, staf juga akan melancarkan satu pertandingan baharu iaitu “Digimon Novel Competition” yang akan bermula pada pertengahan Mac sehingga pertengahan Jun. Karya juara akan turut diterbitkan pada platform tersebut.

Manga pertama yang akan diterbitkan pada platform tersebut adalah siri baharu oleh Tenya Yabuno pada tahun ini bersama-sama manga yang memenangi Digimon Comic Award.

Kalau anda ingin tahu, Tenya Yabuno telah pun menghasilkan siri manga bertajuk Digimon Dreamers. Manga tersebut telah diterbitkan melalui majalah Saikyo Jump oleh Shueisha pada 2021 dan telah pun tamat pada awal Mac 2024. Berikut adalah sinopsis untuk siri tersebut:

Sumber: Shueisha

Satu hari, Ritsu Kodo, seorang gamer muda tiba-tiba dibawa ke dunia game digital yang dimainnya! Di situ, dia bertemu Pulsemon, Digimon yang dia telah latih dalam game tersebut!! Walaupun masih lagi terkejut dengan kejadian tersebut, Ritsu mengetahui bahawa Pulsemon telah menyerunya sebagai tamer untuk menghentikan sumpahan yang membuatkan Digimon susah untuk Digivolution. Jadi dia berjanji untuk membantu Pulsemon Digivolve..!!

Untuk mendapatkan segala berita mengenai Digimon daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: digimonDigimon Comic
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Dandadan Akan Ditayangkan Secara Global di Netflix Pada Oktober 2024!

Next Post

[Eksklusif] SEGA Singapore Cerita Mengenai Kehadiran Mereka di Asia Tenggara, Mencari Peluang Untuk Adakan Lebih Banyak Acara!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
[Eksklusif] SEGA Singapore Cerita Mengenai Kehadiran Mereka di Asia Tenggara, Mencari Peluang Untuk Adakan Lebih Banyak Acara!

[Eksklusif] SEGA Singapore Cerita Mengenai Kehadiran Mereka di Asia Tenggara, Mencari Peluang Untuk Adakan Lebih Banyak Acara!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd