UPDATE: Penulis asal di Reddit mengakui info itu semua palsu. Dia kata:
“Terima kasih untuk 24 jam yang menghiburkan. Kebocoran baru-baru ini pada 17 April sepenuhnya disebabkan oleh kebosanan akibat kuarantin. Sebagai peminat Spider-Man dan permainan video sejak sekian lama, saya hanya ingin mendapatkan reaksi terhadap perkara yang saya percaya akan menjadikan sekuelnya lebih baik daripada yang pertama, tetapi ia cepat menjadi huru-hara.”
Artikel asal di bawah:
Khabar angin baru tentang Marvel’s Spider-Man 2 telah muncul, dan walaupun peminat Marvel dan Spidey tidak pasti jika ia sah, pasti ramai yang teruja dengan sekuel eksklusif PS4 terkenal ini. Khabar angin itu bermula dengan latar belakang untuk permulaan permainan.
Peter Parker masih di New York City, dan Mary Jane sedang melaporkan berita mengenai rundingan damai yang berlangsung di Samkyria. Kerana perbincangan ini, dia tidak akan pulang selama beberapa minggu. Peter Parker telah kembali ke Daily Bugle manakala J. Jonah Jameson telah kembali ke posisi asalnya di syarikat.
Musim sejuk juga akan melanda New York City. Terdapat empat efek cuaca dinamik yang berbeza (salji biasa, ribut salji, hujan lebat, hujan ringan), dan anda dapat melihat salji berkumpul ke atas watak – termasuk Spider-Man. Selain itu, misi yang lebih dinamik akan dihasilkan untuk bantu menggambarkan suasana persekitaran dalam permainan. Ini mungkin bermaksud pemain harus menyelamatkan pekerja binaan yang terjatuh, membawa netizen yang sakit ke hospital, atau berlumba bersama Human Torch.
Pada masa sama, watak-watak lain yang dilaporkan ialah Eddie Brock dan Dr. Curt Conners. Adakah Venom dan The Lizard akan jadi antagonis dalam sekuelnya? Info yang paling menonjol adalah tiga DLC baru yang menampilkan Morbius, Wraith, dan Carnage. DLC ini mungkin akan diumumkan pada pertengahan tahun ini, dengan tarikh pelepasan pada tahun 2021.
Sudah tentu, info di atas tidak dapat dibuktikan, dan walaupun ia betul, permainan juga boleh berubah. Apa yang menjadikan khabar angin ini lebih menarik ialah kerana semua maklumat tersebut diperoleh semasa panggilan video ZOOM baru-baru ini antara pelbagai pembangun permainan. Mengapa ia menarik? Pada 18 April, Insomniac Games telah mengadakan mesyuarat pasukan.
If you went by shirts on our call right now, you'd think this was a @Naughty_Dog team meeting instead of an @insomniacgames one. 😂 pic.twitter.com/z09XpgWOCN
— James Stevenson (@JamesStevenson) April 17, 2020
Marvel’s Spider-Man 2 masih belum diumumkan atau disahkan tetapi saya berharap pada Sony atau Insomniac Games akan mengumumkan sesuatu dalam masa terdekat.
Sumber – Reddit.
@gamersantaimy
Discussion about this post