Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Infinix Dinamakan Rakan Smartphone Gaming Rasmi MPL Malaysia 2025!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 25, 2025
in Artikel, Berita, Esports, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Infinix Dinamakan Rakan Smartphone Gaming Rasmi MPL Malaysia 2025!
Share on FacebookShare on Twitter

Malam tadi, Infinix mengumumkan bahawa mereka telah bekerjasama dengan MOONTON Games untuk MPL Malaysia 2025, bagi mengukuhkan peranan mereka sebagai kuasa besar dalam dunia esports Malaysia. Perkongsian ini mencerminkan komitmen Infinix dalam memperkasakan gaming kompetitif, meluaskan peluang dalam komuniti esports tempatan, serta membawa pengalaman mobile gaming bertaraf profesional kepada pemain yang bercita-cita tinggi.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Infinix menjadi rakan smartphone gaming rasmi bagi Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia untuk Musim 15 dan 16. Infinix GT 20 Pro, yang diumumkan sebagai peranti rasmi untuk MPL MY S15, direka khas untuk pengalaman gaming terbaik dengan teknologi dual-chip untuk prestasi luar biasa, paparan kadar segar semula tinggi untuk visual yang lancar, sistem penyejukan canggih bagi mengekalkan prestasi maksimum, serta reka bentuk cyber mecha yang futuristik.

Kredit: Infinix Malaysia

Wai Kiat Hong, Pengarah Pemasaran Infinix Malaysia, menyifatkan kerjasama ini sebagai langkah penting dalam membentuk masa depan esports negara, menerajui inovasi teknologi, dan membawakan peranti gaming berprestasi tinggi kepada pemain serta peminat. Menjelang MPL MY S16, Infinix merancang untuk memperkenalkan telefon pintar generasi baharu dengan ciri inovatif yang bersedia untuk esports.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by OCEAN BLACK (@oceanblackmy)

Selain MPL, Infinix turut menjadi rakan smartphone rasmi Ocean Black, pasukan esports baharu yang sebelum ini dikenali sebagai Miracle Gaming. Ditubuhkan bersama oleh pempengaruh Bidin Al-Zaifa, Ocean Black bertekad untuk menyerlah dalam MPL MY S15 dengan barisan pemain profesionalnya. Bidin menyatakan, “Bekerjasama dengan MOONTON Games dan Infinix adalah satu penghormatan. Sokongan mereka mengangkat permainan kami ke tahap lebih tinggi, membolehkan kami bersaing dengan penuh keyakinan. Kami bersedia untuk mencipta nama dalam dunia esports dengan permulaan yang hebat ini.”

Kredit: Infinix Malaysia

Usaha Infinix dalam esports tidak terhenti di situ. Sejak bekerjasama dengan Homebois selama dua tahun ketika Mobile Legends: Bang Bang Academy League Malaysia (MALMY) Musim 2 pada tahun 2024, mereka telah melancarkan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan pemain dan memperluaskan ekosistem esports tempatan. Menjelang 2025, Infinix dan Homebois berhasrat untuk terus membawa esports Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Ikuti perkembangan terkini Infinix melalui laman web rasmi.

Tags: InfinixMPL Malaysia 2025
ShareTweetSend
Previous Post

ASUS ROG MY Kini Menjual “Travel Bag ROG Slash 4.0” – Beg Urban untuk Para Gamer!

Next Post

AirPods Max Bawa Lossless Audio & Ultra-Low Latency dalam Update Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
AirPods Max Bawa Lossless Audio & Ultra-Low Latency dalam Update Baharu!

AirPods Max Bawa Lossless Audio & Ultra-Low Latency dalam Update Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd