Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen kalahkan One Piece, jadi ‘best-selling manga’ untuk 2022

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 1, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga, Senarai
0 0
0
Jujutsu Kaisen kalahkan One Piece, jadi ‘best-selling manga’ untuk 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Secara beransur-ansur, industri manga menjadi semakin popular dengan keluaran pelbagai karya bagus – malah ada yang lebih popular daripada komik Barat seperti MARVEL dan DC. Di sini, sebuah laporan baharu dikeluarkan untuk tahun 2022, yang menunjukkan siri manga dengan jualan terbanyak. Di sini, ternyata Jujutsu Kaisen memegang gelaran ‘best-selling manga’ untuk 2022.

Oricon's Yearly Comic Sales Ranking 2022 – Top 10 pic.twitter.com/iZ3djHF0B7

— Shonen Jump News (@WSJ_manga) November 29, 2022

Info di atas datang daripada Oricon yang melakukan kajian bagi jualan setiap manga untuk tahun ini. Seperti biasa, genre shonen masih mendominasikan seluruh dunia, di mana manga Jujutsu Kaisen oleh Gege Akutami muncul sebagai pemenang terunggul. Berikut adalah senarai ‘best-selling manga 2022’:

  • Jujutsu Kaisen – 12,282,260
  • Tokyo Revengers – 11,048,067
  • Spy x Family – 10,600,571
  • One Piece – 10,364,102
  • My Hero Academia – 5,353,782
  • Kingdom – 3,832,688
  • Blue Lock – 3,548, 238
  • Chainsaw Man – 3,438,930
  • Do Not Say Mystery – 3,140,861
  • Kaiju No. 8 – 3,139, 803

Manga Jujutsu Kaisen (JJK) mempunyai purata jualan yang baik sejak membuat debut, dan selepas adaptasi anime oleh studio MAPPA, ia membawa lebih banyak populari kepada judul. Bukan itu sahaja, ia juga adalah siri manga terlaris untuk dua tahun berturut-turut.

Sama seperti JJK, Tokyo Revengers berada di tempat ke-2 dengan jualan yang sama hebat. Manga baru sahaja tamat dengan kesimpulan yang agak berkontroversi, jadi itu mungkin memainkan peranan kepada jualan hebat mereka pada tahun ini.

Di tempat ke-3 adalah SPY x FAMILY. Dengan keluaran adaptasi anime, siri ini menjual 2x ganda lebih banyak berbanding tahun lepas. Ternyata, kecomelan Anya berjaya menambat hati semua orang.

Di tempat ke-4 adalah One Piece. Disebabkan anime berkualiti tinggi bagi Wano arc + penamat Wano arc di manga + keluaran Movie RED, siri ini berjaya mencapai khayalak pembaca yang lebih luas.

My Hero Academia dan Kingdom pula adalah dua judul yang sering muncul dalam senarai ‘best-seller’ tapi tahun ini jualannya tidak begitu memberangsangkan seperti tahun-tahun sebelum.

Di tempat ke-7, kita ada Blue Lock! Pelan Egois berjaya dan bersama adaptasi anime, kolaborasi dengan pasukan kebangsaan Jepun dan ‘hype’ daripada Piala Dunia, ia sangat membantu jualan manga. Blue Lock juga adalah manga sukan paling popular pada tahun ini.

Seterusnya adalah Chainsaw Man, tetapi kenapa ia hanya di no.8 sedangkan ramai orang suka versi manga dan anime? Kemungkinan besar ini kerana CSM sudah lama tidak mengeluarkan jilid baru dan anime baru sahaja dikeluarkan beberapa bulan lepas, lantas tidak cukup masa untuk bersaing dengan judul-judul lain.

Do Not Say Mystery adalah satu-satunya manga shoujo dan menduduki tempat ke-9. Pada awal tahun 2022, jumlah jualannya pun agak mengagumkan berkat adaptasi siri TV drama dan hanya 2 jilid baru sahaja yang dikeluarkan tahun ini, manga ini berada di kedudukan yang bagus.

Di penghujung senarai adalah Kaiju No. 8, satu-satunya siri tanpa apa-apa adaptasi (anime, siri live action, dan sebagainya). Manga ini mungkin mempunyai potensi untuk berkembang lebih jauh pada 2023, tapi buat masa ini kita hanya boleh ‘wait and see’ dahulu.


Apa pendapat korang tentang senarai di atas? Jom kongsi pendapat di ruang komen! Untuk membaca segala liputan dan berita kami tentang manga, sila tekan pautan ini.

Tags: animeJujutsu KaisenmangaSenarai
Previous Post

“Inspirasi Daripada Kisah Sebenar” — Filem Cocaine Bear Dedahkan Trailer Pertama!

Next Post

Infinity Nikki diumumkan, game open-world dress-up bakal tiba di PS4, PS5, PC dan Mobile!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Infinity Nikki diumumkan, game open-world dress-up bakal tiba di PS4, PS5, PC dan Mobile!

Infinity Nikki diumumkan, game open-world dress-up bakal tiba di PS4, PS5, PC dan Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd