Impulse Gaming bakal meraikan ulang tahun ke-20 mereka dengan penuh gaya!
Sempena sambutan ini, mereka akan menganjurkan acara “Level Up Promo” pada 2 dan 3 Ogos ini, yang bukan sahaja menandakan dua dekad kejayaan dalam industri, tetapi juga meraikan pembesaran cawangan utama mereka yang kini lebih luas di The Mall, Mid Valley Southkey.

Acara ini juga sempena perasmian ruang kedai mereka yang telah diperbaharui, yang diberi gelaran mesra sebagai ‘dungeon rahsia’ untuk diterokai peminat.
Bagi memeriahkan lagi sambutan, Impulse Gaming memperkenalkan maskot rasmi pertama mereka, PULSE, yang tampil bertenaga dan sedia untuk melonjakkan lagi pengalaman gaming anda.

Sepanjang dua hari acara, pengunjung boleh menikmati pelbagai diskaun hebat merangkumi hampir semua produk – daripada konsol dan perkakasan PC, sehinggalah ke kad permainan, barangan koleksi dan gajet gaya hidup.
Tawaran Hebat untuk Konsol dan Game
Bagi yang ingin menaik taraf konsol, inilah masanya! Nintendo Switch OLED dan konsol terpakai terpilih (PS4, PS5, Switch) ditawarkan dengan potongan harga RM 50.
Jangan lepaskan peluang mendapatkan set khas Nintendo Switch Mario Kart World “HK SET” pada harga RM 1,999, yang didatangkan dengan game, pelindung skrin percuma, waranti 3 bulan, serta tawaran PWP (Beli dengan Beli) untuk kad MicroSD Sandisk 256GB dengan diskaun RM 50.
Bagi yang ingin meneroka dunia realiti maya, PICO 4 Ultra Mixed Reality Headset (256GB) dijual pada harga RM 2,799 bersama 10 game percuma bernilai RM 1,000. Sementara itu, PICO 4 VR Headset biasa boleh didapati pada harga RM 1,349 (128GB) dan RM 1,699 (256GB).
Setiap pembelian game pula melayakkan anda mendapat baucar PWP, dengan potongan RM 10 untuk satu game, potongan RM 15 untuk dua game, dan potongan RM 20 untuk tiga game atau lebih (sah untuk platform PS4, PS5, dan Nintendo Switch).
Jualan Runtuh untuk Perkakasan, Monitor dan Aksesori PC
Pemain PC juga tidak ketinggalan dengan tawaran hebat untuk pelbagai perkakasan dan aksesori. Nikmati diskaun 15% untuk semua aksesori gaming daripada jenama seperti PowerA, 8BitDo, HORI, dan JSAUX.
Jenama-jenama popular turut menawarkan potongan harga istimewa:
- Razer: Dapatkan Deathadder Essential Mouse pada harga RM 49 dan Kraken X Lite Headset pada harga RM 99.
- SteelSeries: Arctis 7+ Wireless Headset kini hanya RM 499, manakala Prime Mini Pro Series Mouse berharga RM 69 sahaja.
- ASUS ROG & TUF: Pelbagai tetikus, papan kekunci, dan headset ditawarkan, seperti ROG Azoth Keyboard pada harga RM 799 dan TUF Gaming Headset H1 Gen II pada harga RM 199.
Tawaran monitor juga tidak kurang hebatnya, dengan potongan harga besar untuk model daripada MSI, ASUS, dan Arzopa. Antara yang menarik ialah Arzopa Z1FC GAME 16.1″ 144Hz Portable Monitor pada harga RM 399 dan MSI MAG401QR Ultrawide Gaming Monitor pada harga RM 1,899.
Syurga Buat Pemain TCG dan Pengumpul
“Level Up Promo” ini pastinya menjadi tumpuan komuniti pemain kad TCG (Trading Card Game). Promosi utama termasuklah:
- Diskaun 20% untuk TCG daripada Topps dan Shining Soul (Genshin Impact, Honkai: Star Rail).
- Promosi Beli 1, Percuma 1 untuk barangan TCG daripada Bandai, Kayou, dan banyak lagi.
- One Piece Card Game: Kotak booster versi Jepun bermula dari RM 139, manakala versi Inggeris berharga RM 369.
- Pokémon TCG: Dapatkan Elite Trainer Box seperti Shrouded Fable pada harga RM 329, dan kotak booster Stellar Crown pada harga RM 699.
- Digimon & Dragon Ball Super: Kotak booster seperti Digimon Ghost Game kini hanya RM 59, dan Dragon Ball Super Premium Anniversary Box 2025 berharga RM 469.
Bagi pengumpul pula, tawaran “Beli 3, Percuma 1” menanti anda untuk semua tiket Ichiban Kuji dan siri blind box terpilih seperti Crybaby, Lulu The Piggy, dan Zombie Party. Patung figura Banpresto juga ada dua tawaran eksklusif: Beli 2 pada harga RM 129 atau Beli 3, Percuma 1.
Penjimatan Berganda untuk Mainan, Model Kit dan LEGO
Peminat hobi seperti model kit, figura dan blok binaan juga boleh menikmati penjimatan hebat:
- LEGO: Nikmati diskaun 20% untuk semua produk LEGO.
- Model Kit: Dapatkan diskaun 20% untuk kit dan figura Bandai, Tamashii Nations, Good Smile Company, dan Kotobukiya. Cat dan alatan model Gunpla daripada jenama seperti Tamiya dan Mr. Hobby pula ditawarkan dengan diskaun 30%.
- Figura & Patung: Manfaatkan diskaun 15% untuk figura threezero dan diskaun 20% untuk barangan Beast Kingdom serta Soap Studio.
- Blok Binaan: Jenama seperti Keeppley, Loz, dan Sembo diberi diskaun 25%, manakala jenama lain seperti Wekki dan Wangao mendapat diskaun 30%.
Harap maklum, semua promosi ini hanya berlangsung selama dua hari acara di Impulse Gaming, The Mall, Mid Valley Southkey. Tawaran adalah terhad selagi stok masih ada, jadi jangan lepaskan peluang ini. Datanglah awal untuk merebut tawaran-tawaran yang paling hebat!



























































Discussion about this post