Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Imej baru filem Monster Hunter didedahkan! Senjata utama ialah Dual-Blade?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 8, 2020
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Imej baru filem Monster Hunter didedahkan! Senjata utama ialah Dual-Blade?
Share on FacebookShare on Twitter

Imej baru untuk filem Monster Hunter akan datang telah didedahkan dan menunjukkan pelakon utama Milla Jovovich sedang menggunakan senjata Dual Blades. Dalam sebuah wawancara bersama Empire, Jovovich dan pengarah Paul WS Anderson telah berkongsi beberapa info baru tentang mengapa Jovovich memilih Dual Blades dan baju besi yang dipakainya dalam filem. Filem Monster Hunter dijadualkan akan keluar di Malaysia pada September 2020.

Imej di atas menunjukkan Jovovich sedang mengangkat Dual Blades ketika sejenis tenaga oren sedang mengalir. Saya tidak tahu konteks sebenar gambar ini, tetapi artikel Empire menjelaskan bahawa ini mungkin adengan apabila Artemis (watak Jovovich) pertama sekali berkenalan dengan Dual Blades. Anda juga dapat melihat yang Artemis sudah dilengkapi dengan baju besi.

Anderson mengatakan watak Artemis tidak berasal daripada permainan tetapi merupakan sebahagian daripada watak in-game hasil mainan Jovovich.

“Walaupun watak Milla tidak secara khusus ada dalam permainan, dia memilih perisai dan senjata yang sama yang dia gunakan dalam permainan, jadi ada aspek daripada watak permainannya yang dimasukkan ke dalam representasi filem,” kata Anderson.

Mengenai Dual Blades, Jovovich menerangkan bahawa dia telah mencuba pelbagai senjata dalam permainan dan merasakan Dual Blades kelihatan yang terbaik.

“Saya bereksperimen dengan pelbagai senjata yang berbeza semasa bermain dan dapat membunuh lebih banyak raksasa dengan pisau itu. Saya fikir ia mesti kelihatan sangat cantik dalam adegan aksi.” kata Jovovich.

Sinopsis rasmi filem

“Di sebalik bumi kita, ada dunia lain di mana raksasa yang berbahaya dan kuat menghuni. Apabila Lt. Artemis (Milla Jovovich) dan askarnya dibawa dari dunia kita ke dunia baru, dia menerima kejutan terbesar dalam hidupnya. Dalam usaha untuk bertahan hidup sambil melawan musuh-musuh besar dengan kekuatan luar biasa, Artemis harus bekerjasama dengan seorang lelaki misteri untuk melawan balik takdir.”

Tags: Dual BladesfilemMilla Jovovichmonster hunter
Previous Post

Sony Soundbar HT-S20R membawa pengalaman pawagam terbaik di setiap rumah!

Next Post

Warhammer: Chaosbane akan datang ke Nex-Gen PS5 dan Xbox Series X!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
Warhammer: Chaosbane akan datang ke Nex-Gen PS5 dan Xbox Series X!

Warhammer: Chaosbane akan datang ke Nex-Gen PS5 dan Xbox Series X!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd