Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honkai: Star Rail Version 4.2 Rasmi Dilancarkan – Trailblazer “Path of Elation” & Dua 5-Star Baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 22, 2026
in Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, PC, PS5, RPG, Turn-Based
0 0
0
Honkai: Star Rail Version 4.2 Rasmi Dilancarkan – Trailblazer “Path of Elation” & Dua 5-Star Baru!
Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse secara rasminya telah melancarkan Honkai: Star Rail Version 4.2, bersempena dengan sambutan ulang tahun ketiga game ini. Update tersebut bermula hari ini dan membawa perubahan besar kepada sistem combat dengan memperkenalkan Path of Elation yang boleh diguna pakai oleh pemain.

Sambutan Ulang Tahun Ketiga

The limited 5-star characters Huohuo and Robin will be added to the Stellar Convergence Store after the Version 4.2 update.
Additionally, the Trailblazer will receive a Golden Companion Spirit, which can be freely exchanged for a character from the Store.
After Version 4.2, three… pic.twitter.com/Fu51vwIJYv

— Honkai: Star Rail (@honkaistarrail) April 10, 2026

Memandangkan ulang tahun ketiga Honkai: Star Rail jatuh pada 26 April, HoYoverse menawarkan pelbagai ganjaran menarik. Bermula hari ini, pemain boleh menyertai acara “Festive Gifts” untuk mendapatkan 20 pull percuma hanya dengan log masuk ke dalam game.

Pada 26 April, setiap pemain akan menerima 1,600 Stellar Jade dan sekeping ‘blessing card’ daripada salah seorang watak dalam game.

Kedai “Stellar Convergence” pun dikemas kini: pemain boleh menebus “Golden Companion Spirit” secara percuma untuk ditukarkan dengan watak 5-star terhad; khususnya unit support popular seperti Huohuo atau Robin.

Selain itu, bonus gandaan bagi top-up kali pertama tahunan telah reset, dan kostum baharu untuk Castorice juga telah ditambah ke dalam kedai.

Watak Baharu

Tiga cara baharu untuk bermain gaya “Elation” diperkenalkan dalam versi ini:

  • Silver Wolf LV.999 (5-Star, Imaginary): Sebagai Emanator of Elation pertama yang boleh dimainkan, dia mampu menarik musuh ke dalam “gaming domain” di mana dia menggunakan pelbagai power-up untuk menguatkan pasukan dan menembak musuh dengan meriam laser. Keunikan utamanya adalah “hacking”: walaupun tidak berada dalam pasukan aktif, dia masih boleh membantu melindungi rakan sepasukan daripada kesan beku atau stun.

"Aha Instant" | Evanescia

One season of Phantasmoon waxing full, one season of mortal ephemerality: the mysterious lady has appeared in Planarcadia once more!
Fallen petals scatter with ease, and her stay was but a fleeting instant. Everything about this new era enthralls her,… pic.twitter.com/UK6wThfQGV

— Honkai: Star Rail (@honkaistarrail) March 11, 2026
  • Evanescia (5-Star, Physical): Dia mengumpul stack “Certified Bangers” untuk menghasilkan damage yang sangat besar dan memanggil rakannya, “Master Fox,” untuk membantu dalam combat.

Stride the Path | Trailblazer (Elation: Lightning)
Hey, Trailblazers! Today we have the character preview for Trailblazer (Elation: Lightning)!
Unlocked via Trailblaze Mission after the Version 4.2 update
※ Can be unlocked in advance on the Switch Path screen

Learn more:… pic.twitter.com/WptslFGaBp

— Honkai: Star Rail (@honkaistarrail) April 15, 2026
  • Elation Trailblazer: Watak utama mendapat Path baharu dengan menukar senjata lama kepada glow stick yang serba boleh. Ia boleh bertukar menjadi pedang cahaya atau nunchaku, manakala skil Ultimate miliknya membolehkan pemain memilih rakan sepasukan untuk diberi sorakan, sekaligus membolehkan rakan tersebut menggunakan skil Elation mereka dengan serta-merta.

Banner

Version 4.2 Event Warp: Phase I
Hello Trailblazers,
▌ Warp Period: After the Version 4.2 update on 2026/04/22 – 2026/05/13 11:59 (server time)
● The limited 5-star characters Silver Wolf LV.999 (Elation: Imaginary), The Dahlia (Nihility: Fire), Castorice (Remembrance: Quantum),… pic.twitter.com/Y6B6xxGGOo

— Honkai: Star Rail (@honkaistarrail) April 21, 2026

Honkai: Star Rail Version 4.2 juga membawakan pelbagai banner rerun. Separuh pertama Version 4.2 menampilkan The Dahlia, Castorice, dan Firefly, manakala separuh kedua membawa semula Tribbie, Sunday, dan Feixiao.

HoYoverse turut memberikan buff kepada empat watak lama—Firefly, Huohuo, Seele, dan Welt—untuk memastikan mereka kekal kompetitif dalam meta semasa.

Honkai: Star Rail kini boleh dimainkan di PC, PlayStation 5, iOS, dan Android.

Tags: Honkai: Star Rail
ShareTweetSend
Previous Post

Harga PC Game Pass Turun Ke RM20 Di Malaysia, Tapi Ada “Berita Kurang Best” Untuk Peminat Call of Duty

Next Post

Splatoon Raiders – Game Baru Fokus Single-Player Akan Keluar 23 Julai!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat
Review

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat

July 31, 2026
Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4
DLC

Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4

July 31, 2026
Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer
Berita

Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer

July 31, 2026
Next Post
Splatoon Raiders – Game Baru Fokus Single-Player Akan Keluar 23 Julai!

Splatoon Raiders - Game Baru Fokus Single-Player Akan Keluar 23 Julai!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd