Baru-baru ini, HoYoverse telah mendedahkan maklumat rasmi mengenai banner untuk Honkai: Star Rail Versi 3.0, kemas kini pertama sejak game berkembang ke Amphoreus. Kemas kini kali ini memperkenalkan dua watak baharu, iaitu The Herta dan Aglaea, di dalam lapan banner. Berikut adalah butirannya.
Secara lebih khusus lagi, update ini akan bermula pada 15 Januari 202 di mana sebanyak lapan banner akan dipecahkan kepada dua fasa. Banner ini sudah semestinya sangat istimewa kerana mengandungi beberapa watak paling kuat dalam game.
Ini termasuk The Herta: Watak 5-Star dari Path of Erudition dengan elemen Ice, dan Aglaea: Watak terhad 5-Star pertama dari Path of Remembrance, yang menawarkan perspektif dan strategi baharu.
Selain mereka, siapa lagi yang anda boleh dapatkan? Mari kita selidik.
Honkai: Star Rail 3.0 – Pecahan Banner
Fasa 1 (Bermula 15 Januari 2025)
- Banner Message from Beyond
- The Herta (5-Star, Erudition, Ice)
- Natasha (4-Star, Abundance, Physical)
- Asta (4-Star, Harmony, Fire)
- Moze (4-Star, Hunt, Lightning)
- Banner Rerun: Indelible Coterie
- Jade: (5-Star, Erudition, Quantum)
- Feixiao: (5-Star, Hunt, Wind)
- Lingsha: (5-Star, Abundance, Fire)
- Natasha, Asta, dan Moze kembali sebagai watak 4-Star.
- Banner Brilliant Fixation (Light Cone)
- Light Cone khas The Herta, “Into the Unreachable Veil”.
- Banner Rerun: Coalesced Truths (Light Cone)
- Light Cone rerun untuk Feixiao, Jade, dan Lingsha akan ditampilkan.
Fasa 2 (Bermula 5 Februari 2025)
- Banner Tailored Fate
- Aglaea (5-Star, Remembrance, Lightning)
- Tingyun (4-Star, Harmony, Lightning)
- Hanya (4-Star, Harmony, Physical)
- Sushang (4-Star, Hunt, Physical)
- Banner Rerun: Indelible Coterie
- Robin (5-Star, Harmony, Physical)
- Boothill (5-Star, Hunt, Physical)
- Silver Wolf (5-Star, Nihility, Quantum)
- Watak 4-Star Tingyun, Hanya, dan Sushang turut ditampilkan.
- Banner Brilliant Fixation (Light Cone)
- Light Cone khas Aglaea, “Time Woven Into Gold,” akan tersedia dalam banner ini.
- Banner Rerun: Coalesced Truths (Light Cone)
- Light Cone rerun untuk Robin, Boothill, dan Silver Wolf akan disertakan.
Selain itu, Versi 3.0 turut memperkenalkan laluan baharu yang boleh dimainkan, iaitu Path of Remembrance, yang akan meluaskan fleksibiliti Trailblazer. Seperti biasa, pemain boleh membuka Trailblazer (Remembrance) secara percuma melalui gameplay.
Bagi mereka yang berminat, Honkai: Star Rail kini tersedia di PC, iOS, Android, Epic Games Store, dan PS5. Untuk maklumat lanjut, layari SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post