Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Azur Lane Terpaksa Hapuskan Beberapa Kostum Rare Akibat Polisi Google Play

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 6, 2025
in Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile
0 0
0
Azur Lane Terpaksa Hapuskan Beberapa Kostum Rare Akibat Polisi Google Play
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-bari ini, Yostar secara rasmi mengumumkan bahawa beberapa kostum dalam Azur Lane akan dikeluarkan daripada kedai in-game disebabkan isu pematuhan dengan polisi Google Play Store. Selain itu, acara yang sedang berlangsung juga akan berakhir lebih awal daripada yang dirancang.

【Notice】

Dear Commander,
HQ regrets to inform you that due to unforeseen circumstances related to the Google Play Store policy, we will be ending the sale of certain outfits.

The following outfits will be removed from sale in the outfit shop on all servers after January 4,… pic.twitter.com/NbYZRHPEVJ

— Azur Lane Official (@AzurLane_EN) January 3, 2025

Kostum L2D dan standard berikut tidak lagi tersedia untuk pembelian selepas 5 Januari:

  • Shinano – Visions of Fantasy (L2D)
  • Napoli – Dreamy Night (L2D)
  • Hindenburg – Delirious Duel (L2D)
  • Chitose – Summer Shine
  • Atago – Summer March (L2D)

Pemain yang membeli kostum Azur Lane ini sebelum tarikh akhir akan mengekalkan hak milik sepenuhnya, dan tiada perubahan lanjut akan memberi kesan kepada mereka.

Pada masa yang sama, Acara Port Fashion Collection: Holiday Special Vol.05, yang menawarkan kostum rental, juga akan tamat awal pada 5 Januari. Pemain digalakkan untuk melihat kandungan cerita yang berkaitan dengan acara tersebut sebelum ia tidak lagi boleh diakses.

Pampasan kepada Pemain

Bagi mengatasi isu ini, Yostar akan memberikan semua pemain 2x Gear Skin Box (Night Club) sebagai pampasan.

Susulan pengumuman tersebut, ramai pemain meluahkan kekecewaan terhadap sekatan platform, di mana beberapa mencadangkan agar Yostar mempertimbangkan untuk membangunkan Azur Lane versi PC bagi mengelakkan polisi Google Play.

Yostar memohon maaf atas masalah ini dan berjanji untuk memberikan kemas kini jika terdapat perubahan tambahan. Buat masa ini, pemain dinasihatkan untuk menyemak kedai kostum dan kandungan acara sebelum tarikh akhir bagi mengelakkan ketinggalan mendapatkan kostum atau melihat cerita yang diinginkan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi.

Tags: Azur Lane
ShareTweetSend
Previous Post

Gundam Assemble – Permainan Papan Gundam Ala Warhammer 40K!

Next Post

Honkai: Star Rail Versi 3.0 Mengandungi 8 Banner! Info Yang Anda Perlu Tahu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Honkai: Star Rail Versi 3.0 Mengandungi 8 Banner! Info Yang Anda Perlu Tahu!

Honkai: Star Rail Versi 3.0 Mengandungi 8 Banner! Info Yang Anda Perlu Tahu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd