Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Harrison Ford menyertai Marvel, debut pertama dalam filem Captain America 4

safwan by safwan
October 18, 2022
in Artikel, Berita, Disney+, Filem, Movie/siri
0 0
0
Harrison Ford menyertai Marvel, debut pertama dalam filem Captain America 4
Share on FacebookShare on Twitter

Terbaru, Harrison Ford kini menyertai Marvel Cinematic Universe dan bakal tampil dalam filem Captain America: New World Order dan Thunderbolts.

Menurut laporan daripada The Hollywood Reporter, dia akan memainkan watak yang pernah dimainkan sebelum ini iaitu General Ross. Hal ini kerana, pelakon asal iaitu William Hurt telah meninggal dunia pada bulan Mac lalu.

Kalau korang nak tahu, dia telah membawa watak General Thaddeus Ross sejak tahun 2008 dalam filem The Incredible Hulk. Dia meneruskan lagi memainkan watak tersebut dalam filem MCU lain termasuk Captain America: Civil War, Avengers: Infinity War, Avengers: Endgame dan Black Widow. Jadi, memang ramai peminat Marvel mengenalinya melalui watak ini.

Kembali kepada Harrison Ford, dia akan membuat debut pertama dalam filem Captain America: New World Order yang bakal ditayangkan pada tahun 2024. Filem ini akan berlaku selepas siri The Falcon and The Winter Soldier yang telah ditayangkan di Disney+ di mana Anthony Mackie sebagai Sam Wilson atau The Falcon telah menerima “Shield” dan “Mantle” Captain America.

Selain itu, Ford juga akan menampilkan diri sebagai General Ross di dalam filem Thunderbolts. Filem ini akan menyaksikan sekumpulan “supervillain” yang terdiri daripada Yelena Belova (Florence Pugh), Red Guardian (David Harbour), John Walker/U.S Agent (Wyatt Russell), Bucky Barnes/Winter Soldier (Sebastian Stan), Ghost (Hannah John- Kamen), Taskmaster (Olga Kurylenko) dan Valentina Allegra de Fontaine (Julia Louis-Dreyfuss). Diarahkan oleh Jake Schreier, filem MCU Thunderbolts bakal ditayangkan pada 26 Julai 2024.

Harrison Ford memang terkenal dengan memegang watak Han Solo dalam francais Star Wars sejak tahun 1977 lagi manakala Dr. Henry Walton Jones, Jr. dalam francais Indiana Jones pula sejak tahun 1981. Kedua-dua watak yang dimainkan bukan sahaja terkenal di Amerika Syarikat malah seluruh dunia kenal Harrison Ford ini.

Jadi, dengan kemasukan Harrison Ford ke dalam Marvel Cinematic Universe, saya pasti lebih ramai lagi peminat akan menonton filem MCU iaitu Captain America: New World Order dan Thunderbolts. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai filem, siri, anime dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Captain America: New World OrderGeneral RossHarrison FordMarvel Cinematic UniverseThunderbolts
Previous Post

Fairy Tail: Populariti Hebat Di Seluruh Dunia Tetapi Tidak Setanding “Big Three”!

Next Post

Skaar, anak kepada Hulk diperkenalkan dalam MCU! Kini ada 3 Hulk dalam francais!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Skaar, anak kepada Hulk diperkenalkan dalam MCU! Kini ada 3 Hulk dalam francais!

Skaar, anak kepada Hulk diperkenalkan dalam MCU! Kini ada 3 Hulk dalam francais!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd