Eh, betul ke ni? Katanya, GPU seterusnya untuk Nvidia GeForce GTX adalah dalam kumpulan 2000, bukan siri 11-. GPU tersebut telah didaftarkan untuk sijil ECC, dan nama kod untuk GPU adalah GA104 dan GA104-400, dipercayai adalah GTX 2080 dan GTX 2070. Betul ke ni weh???
Nama kod GA disebabkan oleh GPU tersebut menggunakan arkitektur Ampere dan bukannya arkitektur Volta yang diperkenalkan dengan model Tesla V100 dan Titan V. Nampaknya, gamers skip akan penggunaan arkitetur Volta.
https://twitter.com/KOMACHI_ENSAKA/status/1025020340106215424
Katanya, GPU tersebut akan membuat penampilannya tidak lama lagi, dan WCCFTech melakukan anggaran harga untuk GPU Siri 2000 nanti. Kemungkinan harga untuk GTX 2065 adalah MYR 2032, GeForce GTX 2070 MYR 2439 dan GeForce GTX 2080 MYR 2846 – MYR 3050.
Jadi, korang rasa, betul ke tentang info yang aku dapat ni? Sebab, dah banyak site yang kecoh akan kemunculan GPU Nvidia GeForce GTX 2000 nih. Apa pun, kita tunggu Ogos 20.
Sumber: Tech-Critter
@gamersantaimy
Discussion about this post