Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Vivo NEX – Prestasi Hebat, Design Futuristik!

Silver Shroud by Silver Shroud
August 6, 2018 - Updated on June 27, 2020
in Android, Artikel, Berita, Mobile, Review, Review Produk, Smartphone
0 0
0
[Review] Vivo NEX – Prestasi Hebat, Design Futuristik!
0
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Dulu-dulu, design telefon pintar bezel yang berat, selepas itu, kita mempunyai design 18:9 paparan FullView, dan sekarang pulak, tahun yang baru, teknologi baru dan kita dapat menikmati paparan FullView secara penuh di bahagian hadapan. Vivo NEX merupakan telefon pintar yang baru mempunyai design no-notch yang futuristik, dan alhamdulillah aku berjaya dapatkan model review untuk mencuba dan aku sangat sukakannya. Jom, baca secara penuh artikel ini untuk tahu betapa hebatnya Vivo NEX ni!

Design dan Paparan

Kalau tengok dari luaran, Vivo NEX merupakan antara phone yang senang membuatkan orang tertarik dengannya. Mempunyai bezel yang sangat nipis, hanya bersaiz 2.16mm pada bahagian atas, dan mempunyai paparan 6.59-inch dengan aspek ratio 19:3:9 pada Vivo NEX.

memandangkan ianya bukan design notch, kami tertanya-tanya, mana kamera bahagian hadapan dia? Haaaa, ianya tersembunyai di belakang paparan pada bahagian atas. Ini merupakan antara salah satu ciri yang baru dan menarik yang ada hanya pada Vivo NEX sahaja buat masa sekarang ini.

Untuk bahagian belakang pula, NEX mempamerkan design laser-etched holographic yang sangat menarik. Ianya bersinar dan kita boleh melihat pelangi di bahagian belakang. Tiada sensor fingerprint yang dilihat di bahagian hadapan dan juga belakang, tetapi ianya juga tersembunyi di bawah display tersebut.

Ciri menarik yang terakhir adalah butang AI yang terletak di bahagian kiri yang akan membawa korang kepada AI service yang telah di muat naik. Sebagai contoh, dengan hanya menekan butang AI, korang boleh mengaktifkan Google Lens dan juga Google Assistant.

Spesifikasi Vivo NEX

  • Saiz: 162 x 77 x 7.98 mm
  • Berat: 199 g
  • Warna: Star Diamond Black
  • Paparan: 6.59-Inch FHD+ Super AMOLED display
  • Resolusi: 2316 * 1080 pixels
  • CPU: Qualcomm Snapdragon 845 Octa-core Processor
  • GPU:Adreno 630
  • OS: Android 8.1
  • Memori: 8GB RAM + 128GB ROM
  • Kamera:
    • 8 MP Front Camera
    • 12 MP + 5 MP Dual-lens Rear Camera
  • Bateri: 4000 mAh with fast charging

Kamera

Untuk kamera, Vivo NEX menggunakan lens generasi baru Sony IMX363 dengan penstabilan imej optical dan juga elektronik. Dual-lens kamera 12MP+5MP mampu menghasilkan gambar yang cantik. Mengikut situasi yang berbeza, Vivo AI Scene Recognition dan juga AI HDR akan mengubah tetapan secara automatic, dimana AI Filter pula akan mencadangkan filter yang sesuai untuk digunakan. Jadi, korang boleh mengambil gambar yang sangat cantik secara senang walaupun korang bukan fotografer professional.

Di bahagian depan pulak, NEX dilengkapi dengan kamera 8MP yang mempunyai ciri popular iaitu AR Stickers dan panoramic selfie mode ( untuk wefie) dan semestinya mempunyai beauty mode untuk meningkatkan lagi prestasi selfie anda.

Prestasi dan juga Bateri

Vivo NEX dikuasakan dengan Snapdragon 845 dan juga 8GB RAM. Semestinya tiada masalah dalam melakukan tugasan kompleks. Antara game yang kami telah cuba adalah Asphalt 9: Legends, PUBG Mobile dan juga Arena of Valor. Semuanya boleh dimainkan dengan lancar dengan menggunakan tetapan yang tinggi , juga masih lagi sejuk walaupun bermain game berjam-jam lamanya.

Tambahan pula, tidak perlu risau akan panggilan yang masuk kerana NEX dilengkapi dengan Game Assistant yang akan membantu korang semasa bermain game. Ia juga akan optimize game korang dan meningkatkan lagi prestasi semasa korang bermain game.

Dan, untuk bateri pula, Vivo NEX menggunakan bateri yang besar, iaitu 4000 mAh! Korang boleh bermain game berjam-jam lamanya, tanpa perlu risau akan kehabisan bateri. Juga, dilengkapi dengan bateri yang berkapasiti besar iaitu teknologi dual-engine quick charge yang akan charge phone korang dengan pantas sekali.

Dari 38% ke 86% dalam masa 30 minit sahaja

Konklusi

Ianya merupakan satu nikmat yang tidak dapat aku dustakan bermain game dan juga menonton video menggunakan Vivo NEX ni, terima kasih kepada paparan Ultra FullView dan juga prestasinya yang baik. Walaubagaimanapun, harganya agak mahal sedikit, korang boleh dapatkan Vivo NEX dengan harga MYR 2, 799.

Sekarang, ianya sudah pun berada di Malaysia dengan satu warna yang sangat elegan, Diamond Black, untuk informasi lanjut tentang peranti ini, korang boleh lah layari website utama mereka dan kunjungi mana-mana stor yang berdekatan. Ini sahaj untuk review aku kali ini, kalau korang nak aku review pelbagai gadget yang baru, laptop dan bermacam lagi, teruskan menyokong Gamer Santai dan jangan lupa follow twitter kami ya~

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Telefon PintarVivoVivo NEX
ShareTweetSend
Previous Post

Tesla X Atari

Next Post

Harga Untuk GeForce GTX 2080 Dan GTX 2070 Didedahkan!

Silver Shroud

Silver Shroud

A person that love to write, mumble and I play games with love and passion!

Next Post
Harga Untuk GeForce GTX 2080 Dan GTX 2070 Didedahkan!

Harga Untuk GeForce GTX 2080 Dan GTX 2070 Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd