Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Harga PS VR2 Dijatuhkan Ke RM2,099 Bermula Mac 2025

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 28, 2025
in Artikel, Berita, PS5, VR
0 0
0
Harga PS VR2 Dijatuhkan Ke RM2,099 Bermula Mac 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi yang teruja untuk menerokai dunia PlayStation (PS) VR2, ada berita baik—Sony bakal menurunkan harga runcit untuk sistem VR ini bermula Mac 2025. Ini adalah masa terbaik untuk pemain menikmati generasi baharu realiti maya dengan teknologi canggih dan koleksi game yang semakin berkembang.

Berikut ialah harga rasmi baharu untuk Malaysia:

  • PlayStation VR2 – MYR 2,099
    • Termasuk headset PS VR2, controller PS VR2 Sense, dan stereo headphone.
  • PlayStation VR2 Horizon Call of the Mountain Bundle – MYR 2,099
    • Mengandungi semua yang ada dalam pakej standard PS VR2 berserta kod baucar PlayStation Store untuk Horizon Call of the Mountain.
Kredit: Sony Interactive Entertainment

Dengan game terbaru seperti Alien: Rogue Incursion, Skydance’s Behemoth, dan Metro Awakening VR, serta tajuk yang dinanti-nantikan seperti Aces of Thunder, Dreams of Another, Hitman World of Assassination, dan The Midnight Walk, kini adalah waktu terbaik untuk merasai dunia PlayStation VR2 yang mengasyikkan.

Selain itu, dengan PS VR2 PC Adapter, pemain kini boleh mengakses ribuan game VR di Steam, memberikan lebih banyak pilihan untuk pengalaman gaming VR yang luas.

Kredit: Sony Interactive Entertainment

PS VR2 juga menerima kemas kini utama dengan ciri hand tracking berlatensi rendah, membolehkan pembangun mencipta game yang mengesan pergerakan tangan pemain menggunakan kamera yang terbina dalam headset. Ciri baharu ini menjanjikan kawalan lebih intuitif dan imersif, termasuk dalam game seperti Waltz of the Wizard.

Dengan teknologi canggih, koleksi game yang semakin berkembang, dan harga baharu yang lebih menarik, ini adalah masa terbaik untuk menyelami dunia PS VR2 dan merasai sendiri masa depan permainan realiti maya.

Tags: PS VR2
ShareTweetSend
Previous Post

Monster Hunter Wilds – Tips Yang Perlu Anda Tahu Untuk Jadi Hunter Lebih Baik!

Next Post

Shrek 5 Tampil Dengan Teaser Pertama, Zendaya Berlakon Sebagai Salah Seorang Anaknya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Shrek 5 Tampil Dengan Teaser Pertama, Zendaya Berlakon Sebagai Salah Seorang Anaknya!

Shrek 5 Tampil Dengan Teaser Pertama, Zendaya Berlakon Sebagai Salah Seorang Anaknya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd