Sekarang sudah banyak platform rasmi untuk kita tonton anime. Ada yang percuma dan sudah tentu ada platform yang berbayar. Nampaknya salah satu platform anime akan turunkan harga langganannya nanti. Platform tersebut ialah Crunchyroll! Mereka juga telah dedahkan harga terbaru untuk beberapa negara dan Malaysia juga tersenarai untuk mendapat harga langganan yang terbaru untuk Crunchyroll.
Antara negara yang sudah mendapat potongan harga langganan Crunchyroll adalah seperti berikut:
- United Kingdom
- India
- Brazil
- United Arab Emirates (UAE)
Banyak lagi negara lain yang akan menyusul dan sudah tentu Malaysia juga termasuk dalam senarai tersebut. Terdapat tiga tier untuk langganan Crunchyroll dan yang paling murah bermula dengan harga RM 9! Sangat murah berbanding dahulu di mana harga langganan bermula RM 32.99. Memang untung habis kalau anda semua ingin melanggan Crunchyroll sekarang! Bukan setakat dapat tengok anime, anda juga boleh baca manga yang tersedia di platform tersebut. Harap-harap Malaysia bolehlah dapatkan katalog anime yang lebih besar nanti.

Untuk anda yang tidak mengenali platform ini, ia merupakan salah satu platform anime terbesar di dunia yang menyediakan pelbagai kandungan berkaitan anime dan manga. Syarikat itu juga antara pengedar anime yang besar selepas bergabung dengan syarikat Wakanim dan Funimation.

Ia juga akan mengadakan expo-nya tersendiri bernama “Crunchyroll Expo” pada 5 hingga 7 Ogos ini. Berkemungkinan besar kita boleh dapatkan pengumuman anime terbaru nanti. Harap-harap kita akan dapat beberapa trailer terbaru anime semasa acara berlangsung. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.









Discussion about this post