Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tekken: Bloodline akan keluar pada 18 Ogos di Netflix

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 19, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Tekken: Bloodline akan keluar pada 18 Ogos di Netflix
Share on FacebookShare on Twitter

Tekken akhirnya akan membuat debut siri anime baru tidak lama lagi di mana Tekken: Bloodline secara rasmi telah menetapkan tarikh keluaran di platform Netflix pada 18 Ogos 2022 beserta treler serba baharu!

Mula-mula diumumkan pada awal tahun ini, tidak banyak info dan maklumat yang dikongsikan tentang adaptasi anime Tekken. Ada yang memberi teori filem, ada yang kata siri jenis berepisod – tetapi akhirnya semua disahkan. Mungkin ada yang masih tertanya tetapi sekurang-kurangnya korang boleh melihat visual penuh termasuk rupa watak melalui trailer di atas.

Berkenaan jalan cerita? Berikut adalah sinopsis Tekken: Bloodline menurut Netflix:

“Kuasa adalah segalanya.”

Jin Kazama mempelajari seni mempertahankan diri turunan keluarganya, Kazama-Style Traditional Martial Arts Kazama, daripada ibunya sejak kecil lagi. Namun, dia tetap tidak berdaya apabila kuasa jahat yang kejam muncul secara tiba-tiba, memusnahkan segala yang disayanginya dan merubah kehidupannya selama-lamanya.

Marah akan dirinya yang gagal menghentikan kejadian itu, Jin bersumpah untuk membalas dendam dan memperoleh kuasa mutlak untuk melawannya. Misinya akan membawa dia ke pertempuran hebat di pentas global — The King of Iron Fist Tournament.

Selain Jin Kazama dan atuknya Heihachi Mishima, beberapa watak ikonik lain juga akan membuat penampilan seperti Paul Phoenix, King, Nina, Julia Chang, Hwoarang dan Xiaoyu.

Jadi apakah itu Tekken? Tekken adalah francais media Jepun yang fokus pada genre ‘fighting game” dan siri permainan arked yang dibangunkan oleh Bandai Namco Studios dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment.

Siri ini telah diiktiraf secara universal dan berjaya secara komersial, setelah mengedar lebih daripada 53.5 juta unit, menjadikannya salah satu francais game paling terlaris sepanjang zaman dan francais ‘fighting game ke-4’ paling terlaris dalam sejarah. Siri utama telah disambut dengan positif oleh pengkritik dan penerbit studio besar kerana untuk ‘meningkatkan standard fighting game, mekanik gameplay dan unsur-unsur keseronokan.

Untuk segala liputan kami tentang Tekken, sila tekan pautan ini.

Tags: animeNetflxTekkenTekken: Bloodline
Previous Post

Harga langganan Crunchyroll diturunkan, langganan bermula RM 9!

Next Post

Inside, Watch Dogs 2 & As Dusk Falls ditambah dalam Xbox Game Pass bulan Julai 2022

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Inside, Watch Dogs 2 & As Dusk Falls ditambah dalam Xbox Game Pass bulan Julai 2022

Inside, Watch Dogs 2 & As Dusk Falls ditambah dalam Xbox Game Pass bulan Julai 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd