Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Harga Disney+ akan menjadi lebih murah tetapi syarat perlu tonton iklan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 8, 2022
in Artikel, Berita, Disney+, Movie/siri
0 0
0
Harga Disney+ akan menjadi lebih murah tetapi syarat perlu tonton iklan
Share on FacebookShare on Twitter

Disney+ akan menawarkan pelan langganan baru yang lebih murah pada tahun depan tetapi syaratnya adalah korang perlu menonton iklan.

Dalam kenyataan akhbar, The Walt Disney Company mengesahkan bahawa langganan yang disokong oleh iklan akan ditawarkan kepada pelanggan pada tahun 2022-2023. Walau bagaimanapun, pelan langganan bersama iklan ini akan dilancarkan di Amerika Syarikat terlebih dahulu, manakala khalayak antarabangsa perlu menunggu sehingga 2023 untuk pelain itu tiba di pasaran serantau termasuk Malaysia.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan bersama pengumuman itu, pengerusi Pengedaran Media dan Hiburan Disney, Kareem Daniel berkata bahawa model langganan baru Disney+ akan memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna. Jika korang ingin menonton filem Marvel atau siri Mandalorian secara diskaun, maka, korang akan dapat berbuat demikian tidak lama lagi. Cuma, sejumlah iklan akan disertakan pada bahagian-bahagian tertentu semasa anda menonton.

Malangnya, tarikh pelancaran yang tepat dan nilai harga rasmi tidak didedahkan.

Di Malaysia, perkhidmatan ini mula beroperasi pada 1 Jun 2021 dengan menyiarkan kandungan dari Disney dan puluhan filem tempatan. Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh melanggan Disney+ selama 3 bulan untuk nilai RM54.90.

Untuk segala liputan kami tentang Disney+, sila tekan pautan ini.

Sumber: BusinessWire

Tags: Disney+filemiklanmoviesiri
Previous Post

Download APEX LEGENDS MOBILE di Android dan iOS sekarang!

Next Post

Secretlab menambah edisi The Batman pada koleksi DC mereka!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Secretlab menambah edisi The Batman pada koleksi DC mereka!

Secretlab menambah edisi The Batman pada koleksi DC mereka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd