Bandai Namco Holdings Inc. secara rasmi membuka GUNDAM NEXT FUTURE PAVILION di Ekspo 2025 yang berlangsung di Osaka, Kansai, Jepun—membawakan visi masa depan melalui dunia francais ikonik GUNDAM.
Ketika majlis perasmian, ruang dalaman paviliun didedahkan, menawarkan pengalaman tentang “kehidupan di angkasa lepas” dan “teknologi masa hadapan yang belum tercapai.”
Menjadi pusat perhatian adalah patung GUNDAM setinggi 17 meter, berdiri megah dengan tangan terhulur ke arah langit, seolah-olah mengajak pengunjung untuk menyertai perjalanan melangkaui bintang.
Perjalanan Ke Star Jaburo
Paviliun ini membawa pelawat dari Yumeshima, Osaka ke stesen rekaan fiksyen bernama “Star Jaburo”.
Terbahagi kepada tujuh fasa, pengalaman ini bermula di Yumeshima Terminal Entrance (Fasa 0), kemudian ke Boarding Lobby (Fasa 1), diteruskan melalui Orbital Elevator dan Space Cabin (Fasa 2), sebelum sampai ke stesen Star Jaburo (Fasa 3). Pengembaraan diteruskan ke laluan kecemasan menuju Emergency Evacuation Pod (Fasa 4), dan berakhir di dalam pod itu (Fasa 5).

Setiap peringkat direka secara teliti untuk membawa pengunjung menyelami dunia di mana manusia dan Mobile Suit wujud bersama, disemarakkan lagi dengan tayangan asal dari GUNDAM: Next Universal Century di dalam paviliun.
Imej dan rakaman baharu menunjukkan bahagian dalaman dan luaran paviliun yang mengagumkan. Antara tarikan paling unik ialah pameran luar berupa koloni angkasa lepas yang dibina daripada Gunpla terpakai—simbol kepada kreativiti dan amalan lestari.
Uniform yang dipakai oleh staf turut melengkapkan suasana, membangkitkan nuansa futuristik yang sinonim dengan dunia GUNDAM.

Paviliun ini turut memperkenalkan kandungan eksklusif, termasuk seni konsep untuk “MSN-X17 ZEONG TypeMA” daripada GUNDAM: Next Universal Century, dengan suara latar oleh Shinji Takeda.

Pengunjung juga berpeluang melihat mobile suit ikonik seperti RX-78-2 yang tampil dengan elemen baru berupa “Glass Feather” di bahagian belakang, serta kemunculan Haro dalam reka bentuk baharu yang menambah kelainan ke dalam simbol klasik francais ini.
Patung GUNDAM bersaiz sebenar yang dipamerkan di luar paviliun dari jam 9:00 pagi hingga 10:00 malam menjadi tarikan wajib lihat dan boleh dinikmati oleh semua tanpa memerlukan tempahan awal (kecuali untuk sesi selepas jam 2:00 petang yang memerlukan pendaftaran di tapak).

Maklumat Acara
- Nama: GUNDAM NEXT FUTURE PAVILION
- Tempoh Pameran: 13 April 2025 – 13 Oktober 2025
Paviliun berlangsung dari 10:00 pagi hingga 9:00 malam dengan kemasukan setiap 12 minit. Tempoh lawatan adalah kira-kira 50 minit dan memerlukan tempahan awal atau pendaftaran pada hari lawatan.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, anda boleh layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post