Granblue Fantasy Versus kembali dengan entri baharu yang membawa beberapa penambahbaikan serta kandungan baharu kepada pemain! Granblue Fantasy Versus: Rising telah dilancarkan pada 14 Disember yang lalu. Adakah game ini lebih baik berbanding versi dahulu? Teruskan baca ulasan ini!
Cerita yang lebih pendek
Mulakan perjalanan epik bersama Gran dalam Granblue Fantasy Versus: Rising ketika dia berusaha untuk melindungi seorang gadis istimewa bernama Lyria. Semasa perjalanan mereka, Gran dan Lyria terjumpa kejadian pelik di mana rakan mereka gagal mengingati mereka. Anehnya, ada juga yang menggunakan kekerasan, memaksa Gran untuk mempertahankan dirinya. Mereka tidak tahu, seorang dalang jahat mengintai daripada bayang-bayang, memanipulasi memori dengan kuasa gelap yang mereka gunakan.
Selepas berjaya mengalahkan Beelzebub dan Belial, Gran, Djeeta, dan Lyria meraikan kemenangan mereka. Namun, ternyata Belial masih belum berputus asa. Dia membangkitkan seorang pahlawan bernama Lucilius daripada kematian, yang menimbulkan ancaman baru kepada alam semesta. Bolehkah Gran menyelamatkan dunia sekali lagi daripada Lucilius yang perkasa? Kenalah main game ini untuk mengetahuinya!
Jalan cerita dalam Granblue Fantasy Versus: Rising dibahagikan kepada tiga bab berbeza. Bab pertama dan kedua menceritakan semula game GBF Versus sebelumnya. Manakala bab ketiga merupakan cerita baharu dalam game. Jadi anda yang tidak mainkan game pertama, tidak ada masalah untuk mainkan game ini. Tetapi mereka yang telah mainkan game terdahulu, mungkin akan rasa cerita baru tersebut terlalu pendek.
Story Mode mempunyai gameplay yang sama seperti sebelumnya, di mana genre fighting berubah sedikit seperti game side scrolling. Anda akan menghadapi pelbagai jenis musuh bermula daripada yang paling mudah, hinggalah kepada bos seperti bermain game bullet hell untuk mengelak pelbagai serangan yang datang.
Barisan watak yang lebih banyak
Untuk Rising, game ini menyediakan lebih banyak watak yang boleh dimainkan berbanding game dahulu. Terdapat 28 watak yang tersedia untuk anda mainkan tanpa dikunci di sebalik DLC. Bukan setakat itu sahaja, Rising turut memperkenalkan empat watak baharu: Grimnir, Siegfried, Nier dan Anila.
Gameplay — Mekanik baru
Granblue Fantasy Versus: Rising masih mempunyai konsep yang sama seperti game sebelumnya sebagai game fighting 2D. Skim kawalan yang ditawarkan juga masih sama dengan tiga butang serangan berbeza seperti serangan Light, Medium dan Heavy serta butang untuk “unique action” tertentu.
Satu perkara yang saya suka tentang Granblue Fantasy Versus: Rising ialah kehadiran “Simple Button” untuk pemain baru. Dengan hanya satu butang atau gabungan mudah, pemain beginner boleh memberikan Special Attack, Skybound Art atau kombo seperti pemain profesional. Kalau anda seseorang yang sudah biasa dengan game fighting, kawalan teknikal masih tersedia untuk anda gunakan.
Selain Skybound Art, terdapat mekanik baharu yang dipanggil Ultimate Skill yang memperkenalkan sesuatu baharu kepada gerakan istimewa dengan menggabungkan pelbagai peningkatan hebat. Untuk menggunakannya, anda perlu mengorbankan 50% daripada Special Meter anda. Walaupun begitu, anda masih boleh mendapatkan 25% kembali jika serangan tersebut berjaya menyerang pihak lawan.
Mekanik lain yang diperkenalkan adalah Raging Strike dan Raging Chain. Kedua-dua serangn ini membolehkan pemain melancarkan serangan yang tidak boleh dihalang oleh pihak lawan. Anda hanya perlu cetuskan butang serangan Medium + Heavy, manakala Chain hanyalah sambungan kepada Raging Strike. Bunyi hebat bukan? Malangnya serangan ini lebih perlahan. Jika pemain tidak menghalang dan memilih untuk lakukan serangan Light, anda akan dipukul terlebih dahulu.
Menariknya, terdapat mekanisme parry yang dipanggil Brave Counter. Jika seseorang masih menyerang anda, anda boleh menangkis serangan mereka dengan menggunakan serangan Medium + Heavy dengan butang Block. Bukan sekadar paryy, anda juga boleh lepaskan musuh dan segera menyerangnya dengan kombo.
Multiplayer
Granblue Fantasy Versus: Rising mengikut trend game fighting lain, di mana pemain dikumpul di sebuah lobi yang kelihatan seperti game open-world. Walau bagaimanapun, watak di lobi ini berbentuk seperti watak chibi yang boleh disesuaikan.
Pemain boleh datang ke lobi dan menuju ke mesin arked yang disediakan. Di sana, anda boleh memilih untuk bertarung dengan pemain lain dalam mode Casual atau Ranked. Berita baiknya, GBFV: Rising turut menyokong rollback netcode serta crossplay antara pemain PlayStation dan PC.
– Grand Bruise Legends
Antara mode multiplayer yang tersedia untuk pemain. Bagi kami, ia seperti game Fall Guys. Pemain boleh mainkan pelbagai game mini seperti Rising Royale, Gold Brick Hoarder, Blast King dan Defense Force. Melalui mode ini juga, anda boleh mendapatkan kosmetik untuk dipakaikan pada watak dalam lobi dalam talian.
Visual & Audio
Granblue Fantasy Versus: Rising mempunyai peningkatan visual yang ketara berbanding sebelum ini, tidak kiralah daripada segi persembahan jalan cerita mahupun gameplay. Ia paling ketara apabila watak menggunakan Ultimate Skill atau Skybound Art. Segala efek animasi dipersembahkan dengan baik dan lancar. Bermain pada PS5, kami juga tidak pernah menghadapi masalah prestasi mahupun bug.
Satu lagi perkara yang membuatkan game Granblue Fantasy Versus: Rising lebih istimewa adalah sountrack game yang menarik. Lagunya mampu membuatkan suasana pertempuran lebih seronok dan sengit pada masa yang sama.
Kesimpulan
Sekilas pandang, Granblue Fantasy Versus: Rising mungkin kelihatan seperti game terdahulu. Walaupun begitu, penambahbaikan yang diberikan membuatkannya lebih baik. Sebagai contoh, kehadiran jalan cerita dan barisan watak yang lebih lengkap, mekanik gameplay baharu dan multiplayer yang lebih menyeronokkan dengan game mini dan sudah tentu rollback netcode.
Simple Button juga menjadikan game ini mudah dimainkan oleh pemain baru kepada genre ini. Tidak dilupakan juga visual dan audio yang lebih menawan, membuatkannya versi game yang lebih sempurna berbanding dahulu. Jadi kalau kami memang syorkan anda untuk mendapatkan game Granblue Fantasy Versus: Rising di PS5, PS4 dan PC melalui Steam.
Untuk membaca segala liputan mengenai Granblue Fantasy daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
Granblue Fantasy Versus: Rising
PROS
- Game fighting yang mesra beginner
- Mekanik gameplay baharu yang menjadikannya lebih menarik untuk dimainkan
- Rollback netcode menjadikan multiplayer lebih menyeronokkan dan lancar
- Kualiti visual yang lebih baik
CONS
- Jalan cerita baru terlalu pendek
Discussion about this post