Sebagai salah satu kuasa besar dalam siri Naruto, Kampung Konoha telah menghasilkan banyak ninja luar biasa. Salah satu watak tersebut ialah Hatake Sakumo, yang lebih dikenali sebagai ayah Hatake Kakashi (guru kepada Naruto). Walaupun Sakumo adalah wira terkenal pada era dahulu, sikapnya yang mulia juga membuatkan Sakumo menjadi mangsa kebencian seluruh kampung, sehingga dia membunuh diri semasa Kakashi masih kecil.
Apa yang terjadi di sebalik tabir? Mengapa Hatake Sakumo membunuh diri? Jom kita belajar lebih lanjut.
Asal-Usul
Hatake Sakumo amat terkenal di seluruh dunia shinobi sebagai Konoha White Fang, dan merupakan seorang jonin daripada klan Hatake. Malangnya, isterinya (nama tidak diketahui) telah meninggal dunia ketika Kakashi masih sangat muda.
Jika dillihat sekilas pandang, Kakashi mewarisi majoriti penampilan ayahnya seperti rambut dan bentuk muka sehingga disalah anggap sebagai ayahnya beberapa kali oleh musuh dan rakan-rakan.
Jika kita bercakap tentang abiliti, Sakumo boleh dianggap sebagai genius – malah, dia dipuji kerana berbakat dalam jurus ninja oleh Hokage Keempat Minato Namikaze. Pada zaman terkuatnya, ramai kata bahawa Sakumo mampu menyaingi kehebatan Sannin.
Sangat mahir dalam kenjutsu, ramai memanggilnya “Konoha White Fang” kerana kecekapan Sakumo memakai senjata Hakko Chakura To, yang mengeluarkan jalur chakra putih apabila diayunkan.
Walaupun terkenal dan kuat, Sakumo adalah insan yang sangat baik, rendah diri dan setia. Dia sangat menyayangi Kakashi, dan sering menjemputnya pada waktu petang selepas Kakashi habis bermain dengan rakan-rakannya.
Semua ciri-ciri ini yang membuatkan Kakashi memandang tinggi dan mengidolakan ayahnya, dan hasrat untuk menjadi seorang ninja yang hebat seperti Sakumo pada masa hadapan.
Mengapa Sakumo Bunuh Diri?
Semasa Kakashi masih belajar di akademi, Sakumo dan pasukannya dihantar untuk misi yang sangat penting oleh Konoha.
Kita tahu dia sangat setia kepada Konoha tetapi hakikatnya, Sakumo lebih setia kepada rakan sekutu dan orang tersayangnya dan akan mengutamakan keselamatan mereka berbanding semua hal lain. Apabila nyawa rakan sepasukannya berada dalam ancaman, Sakumo membuat keputusan untuk meninggalkan misi itu demi menyelamatkan rakan sepasukannya.
Akibat gagal dalam misi itu, Sakumo telah dihina, dimaki, dicaci dan dipandang buruh oleh seluruh Konoha, termasuk penduduk kampung dan juga oleh mereka yang dia pernah selamatkan sebelum ini.
Kini tanpa maruah, Sakumo mula menghadapi kemurungan besar, yang menyebabkan kehidupannya menjadi sengsara. Akhirnya, Sakumo membunuh diri di mana mayatnya ditemui oleh Kakashi. Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Konoha.
Selama bertahun-tahun, roh Sakumo tinggl seorang diri di alam gelap (bukan syurga, bukan neraka), dan menunggu hari dia boleh meminta pengampunan daripada anaknya.
Kakashi Akhirnya Mengampunkan Ayahnya
Setelah menggunakan sisa terakhir chakranya untuk menyelamatkan Akimichi Choji semasa serangan Pain di Konoha, Kakashi meninggal dunia. Kini di dunia gelap yang diterangi oleh satu unggun api, Kakashi disambut oleh ayah nya, Sakumo. Mereka duduk bersebelahan di mana Sakumo mendengar kisah hidup anaknya.
Di sini, Sakumo berasa sedih kerana mereka berdua mati muda; tetapi tidak semuda isterinya. Kakashi berkata bahawa dia memahami pengorbanan yang Sakumo lakukan demi semua penduduk kampung, yang agak mengejutkan ayahnya.
Kakashi juga akhirnya memaafkan Sakumo dan memberitahunya dia bangga dengan ayahnya dan apa yang telah dia lakukan. Dalam adegan yang menyayat hati, Sakumo mengucapkan terima kasih kepada anaknya.
Apabila sejenis cahaya mula menyinari Kakashi, Sakumo memberitahu Kakashi bahawa dia masih mempunyai banyak perkara untuk dilakukan dalam dunia hidup. Walaupun begitu, dia masih gembira kerana dapat bercakap dengan satu-satu anak lelakinya dan bersyukur Kakashi telah memaafkannya.
Selepas Kakashi menghilangkan diri, Sakumo akhirnya boleh meneruskan “kehidupan” dan berjumpa isterinya semula.
Legasi
Walaupun dihina, nama Sakumo masih memegang status besar di seluruh dunia shinobi. Sebagai contoh, Daimyo Hi no Kuni kelihatan gembira apabila Kakashi disyorkan untuk menjadi Hokage Ke-6, setelah mengenalinya sebagai anak Sakumo.
Asalnya, Kakashi cuba menjalani kehidupannya dalam cara yang bertentangan dengan Sakumo, tetapi pandangannya mula berubah. Merupakan antara pepatah paling terkenal dalam anime, Kakashi percaya bahawa walaupun mereka yang melanggar peraturan adalah sampah, tetapi mereka yang meninggalkan rakan-rakan adalah lebih teruk daripada sampah.
Prinsip ini kemudian diturunkan kepada anak muridnya, terutamanya Uzumaki Naruto, yang menggunakannya sebagai motif utama dalam kehidupan seharian.
Untuk bincang lebih lanjut tentang ayah Kakashi, jom berbincang di ruang komen!
Dapatkan segala berita kami tentang francais Naruto di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post