Marvelous Europe dengan kerjasama XSEED Games / Marvelous USA, Inc., sukacitanya ingin mengumumkan bahawa Granblue Fantasy: Versus, permainan video pertempuran baru daripada Cygames dan ARC SYSTEM WORKS (developer sama Guilty Gear dan BlazBlue) akan memasukkan “Mode RPG “.
Mode RPG ini membolehkan pemain mengalami game ini seperti game action RPG, dengan storyline asli Granblue Fantasy: Versus yang penuh dengan cutscenes cantik dan boss battles bersama Primal Beasts gergasi. Selain itu, training system yang sangat dikenali oleh penggemar Granblue Fantasy juga akan dilaksanakan.
Granblue Fantasy: Versus juga boleh dimainkan di Gamescom di Cologne, Jerman, yang dibuka untuk orang ramai bermula 20 hingga 24 Ogos 2019, di booth PlayStation di Hall 7. Selain daripada watak daripada Closed Beta Test, watak yang baru diumumkan, Percival, juga akan menyertai demo ini.
Game ini bermula dengan Gran, protagonis Granblue Fantasy, yang mengembara di langit dengan teman bersayapnya Vyrn dan seorang gadis misteri, Lyria, yang menyelamatkan nyawanya. Watak-watak lain termasuk Katalina, seorang bekas ksatria imperial yang bersumpah untuk melindungi mereka yang dikasihinya; Charlotta, kapten yang baik kepada Lumiel Order of Holy Knights; Lancelot, pakar pedang dua-bilah; dan akhirnya, Ferry, seorang hantu dengan cambuk dan haiwan peliharaan spiritual.
Dihasilkan oleh Arc System Works dan CyGames dan diterbitkan di Eropah oleh Marvelous Europe Limited, Granblue Fantasy: Versus kini dibangunkan untuk PlayStation 4.
@gamersantaimy
Discussion about this post