Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Goku di ambang kematian! Inilah penjahat paling kuat dalam sejarah Dragon Ball Super!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 24, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Goku di ambang kematian! Inilah penjahat paling kuat dalam sejarah Dragon Ball Super!
Share on FacebookShare on Twitter

Bab terbaru dalam manga Dragon Ball Super pasti mengejutkan ramai peminat kerana sehingga sekarang, story arc “Galactic Patrol Prisoner” kelihatan seperti jalan cerita standard Dragon Ball yang kita selalu baca atau tonton. Selepas dikalahkan oleh antagonis baru bernama Moro, Goku dan Vegeta melatihkan diri bagi meningkatkan kuasa untuk perlawanan kedua. Perlawanan kedua pun bermula pada beberapa isu lepas tetapi Goku masih gagal walaupun menggunakan Ultra Instinct. Tidak lama kemudian, Vegeta tiba dan berjaya melemahkan Moro menggunakan teknik Forced Spirit Fission yang dia pelajari di planet Yardrat. Sebelum hampir dikalahkan, Moro mendedahkan pelan terakhirnya – dan nampaknya ia terlalu berkesan sehingga dua wira Z-Fighter kini berada di ambang kematian!

Amaran! Spoiler untuk Dragon Ball Super bab 62 di bawah!

Rancangan terakhir Moro adalah untuk menyerap Android Seven-Three sebelum Vegeta dapat membunuhnya. Berkat abiliti meniru Android Seven-Three, Moro mempunyai “salinan backup” stamina dan kuasa penuhnya. Yang paling teruk tentang situasi ini ialah Moro juga telah mempelajari abiliti meniru Android Seven-Three – bersama dengan setiap abiliti yang pernah ditiru oleh android jahat itu. Untuk memastikan dia mempunyai kelebihan, Moro dengan cepat menangkap Vegeta dan menyalin teknik Forced Spirit Fission.

Apa yang terjadi selepas itu adalah kekalahan paling teruk untuk Z-Fighters, ketika Moro menewaskan setiap wira dengan kejam. Gohan, Android 17, Android 18, dan Vegeta semuanya dikalahkan; namun, Goku dan Piccolo menerima nasib yang jauh lebih teruk.

Goku menggunakan kudrat terakhir untuk melancarkan serangan Kamehameha ke Moro tetapi ternyata usaha ini sia-sia kerana Moro mempunyai kemampuan regeneratif Piccolo. Dengan cepat, dia tumbuh semula anggota badannya yang hilang dan ia menembus badan Goku. Goku yang sudah lemah tidak mampu buat apa-apa, dan Moro tidak ingin membunuhnya serta merta kerana mahu menyerap tenaga Goku.

 

Piccolo cuba menewaskan Moro dengan meletupkan bom tenaga di dalam penghalang yang diseru oleh Moro. Walaupun teknik ini pasti membunuh semua orang, Piccolo sudah bersiap sedia untuk korban segalanya. Untuk menghentikan aksi Piccolo, Moro menembak perut pahlawan Namek itu dengan serangan Special Beam Cannon milik Piccolo sendiri.

Kalau kita imbas balik sejarah penjahat Dragon Ball, Moro adalah antagonis paling kejam dan kuat pernah diperkenalkan dalam francais dan harapan terakhir bumi adalah jika seseorang yang lebih kuat daripadanya dapat datang untuk menyelamatkan keadaan. Jeng jeng jeng — Angel Merus! Banyak lagi akan didedahkan tentang nasib Goku dan rakan-rakan dalam bab akan datang Dragon Ball Super dan jika anda berminat untuk baca fakta atau trivia tentang francais, sila klik di sini!

Tags: animeDragon BallDragon Ball Supergokumanga
Previous Post

Sambut acara Ulangtahun ke-3 BORDERLANDS 3 bermula 30 Julai ini!

Next Post

Peminat Anime Seram! Tonton Junji Ito “Collection” di Animax bermula 4 Ogos ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Peminat Anime Seram! Tonton Junji Ito “Collection” di Animax bermula 4 Ogos ini!

Peminat Anime Seram! Tonton Junji Ito "Collection" di Animax bermula 4 Ogos ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd