Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Where Winds Meet – Segala Info Tentang Expansion Hexi! Tiga Peta Baru & 11 Boss Tambahan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 3, 2026
in Action, Android, Artikel, Berita, DLC, Epic Store, iOS, Mobile, Open World, PC, PS5, Steam
0 0
0
Where Winds Meet – Segala Info Tentang Expansion Hexi! Tiga Peta Baru & 11 Boss Tambahan!
Share on FacebookShare on Twitter

Where Winds Meet sedang bersiap sedia untuk kemas kini paling besar sejak pelancaran, dengan expansion Hexi yang bakal tersedia secara percuma untuk semua pemain pada 5 Mac.

Expansion ini membawa kita ke era Dinasti Tang yang masyhur dalam sejarah China, yang dianggap sebagai salah satu zaman kegemilangan negara itu dari segi kebudayaan dan ketenteraan.

Pembangun game, Everstone Games, mengumumkan bahawa kandungan Hexi akan dilancarkan dalam tiga bab secara berturut-turut antara Mac hingga Mei, membawa pemain ke pelbagai landskap “dari padang pasir ke padang ais ke padang rumput.” Pengembaraan bermula minggu depan dengan bab pertama yang berlatar belakangkan Jade Gate Pass, sebuah kubu bersejarah yang pernah menjaga sempadan barat Tembok Besar China.

Tiga Peta, 20 Sub-Wilayah, 11 Boss

Expansion ini memperkenalkan tiga peta utama yang secara keseluruhan mengandungi hampir 20 sub-wilayah. Para pemain akan bertemu 11 watak boss yang unik, menemui tujuh Jianghu Legacies (tradisi seni mempertahankan diri bersejarah), dan mengejar berpuluh-puluh side quest yang menghidupkan kehidupan zaman Dinasti Tang di sepanjang Jalan Sutera.

Umbrella dan Roped Dart Sertai Barisan Senjata

Pemain akan diperkenalkan dengan Bamboocut-Dust, laluan progression baharu yang menampilkan dua gaya seni bela diri unik untuk senjata Umbrella dan Roped Dart.

Gaya Spring Dreamscape untuk Umbrella menekankan kelincahan dan gerakan mengelak, membolehkan pemain menari di sekeliling lawan dengan keanggunan. Sementara itu, teknik Fleeting Clouds untuk Roped Dart menyampaikan serangan area-of-effect (AOE) dengan pukulan luas yang mampu mengawal seluruh medan lawan.

Tiga Boss Baharu Didedahkan

All Hexi bosses have awakened—
an unstoppable force against any brave soul.
Are you worthy of the fight?
The biggest content drop since launch, Hexi Expansion, is coming March 6!
📱 Mobile: https://t.co/9RuxGjl0Fb
📷 PC/PS: https://t.co/wd6yauDaLs #WhereWindsMeet pic.twitter.com/BbcjNhz9SV

— Where Winds Meet (@WhereWindsMeet_) March 1, 2026

Semasa siaran langsung, Everstone mempamerkan beberapa boss mencabar.

Kempen Jade Gate Pass merangkumoi pertarungan menentang Guo Xin, seorang jeneral yang sudah berusia dan pelindung agung terakhir kubu yang enggan meninggalkan posisinya walaupun masa terus berlalu. Pembela yang setia ini menyerang dengan campuran pukulan luas dan memanggil askar veteran untuk bertarung di sisinya, memerlukan pemain menguasai masa deflect mereka untuk bertahan daripada serangannya yang tidak henti-henti.

Pertembungan ini menjadi lebih dramatik dalam fasa kedua, apabila seruan tenteranya (yang sudah mati) mengembalikan Guo Xin ke puncak fizikalnya, membolehkannya melepaskan seluruh kehebatan pada kekuatan penuh.

Siaran itu juga memberikan sedikit gambaran tentang boss Wandering Ar; sebuah kapal besar yang dahulunya berkhidmat sebagai kapal utusan tetapi kini mengembara di padang pasir dengan obsesi mencari jalan pulang.

Siaran turut mendedahkan boss Moongazing Maiden di wilayah Hexi. Pertarungan ini menampilkan kemahiran, dan senjata bertemakan bulan, bagi mencipta suasana lawan di bawah cahaya langit.

Jade Gate Pass, Liangzhou dan Qingchuan

🎬 Hexi Expansion Preview Recap: Jade Gate Pass
The first chapter of the major expansion, Jade Gate Pass, will be live on March 6, 2026 (UTC). This is where the Hexi journey begins.
Step into desert legends. Master new Mystic Skills and Martial Arts, face epic boss fights, and… pic.twitter.com/4AgtF6bsDA

— Where Winds Meet (@WhereWindsMeet_) February 27, 2026

Walaupun padang pasir mendominasi bab awal, expansion ini akhirnya merangkumi tiga kawasan geografi yang berbeza, setiap satu dengan suasana dan cabaran tersendiri.

Selepas Jade Gate Pass, pemain akan menuju ke Liangzhou, sebuah kota makmur yang terkenal sepanjang zaman Dinasti Tang kerana wain yang istimewa dan batu jade yang berharga. Ini menandakan wilayah pergunungan salji pertama Where Winds Meet, yang memperkenalkan persekitaran musim sejuk dan gameplay pergunungan.

Pengembaraan berakhir di Qingchuan, destinasi terakhir expansion ini dan mungkin peta yang paling gah sekali. Di sini, pemain akan mengalami keempat-empat musim dalam satu peta sambil menguruskan puak-puak yang berperang demi mengawal wilayah berbeza.

Progress Dibawa ke Setiap Kemas Kini

Everstone mengesahkan bahawa semua kemajuan akan dibawa ke setiap musim. Character level, talent tree, dan senjata semuanya kekal, bermakna pemain tidak perlu bermula dari awal dengan setiap kemas kini utama.

Ganjaran dan Kandungan Eksklusif

Version 1.4, Home Afar, goes live after maintenance from March 5, 9:00 PM to March 6, 2:00 AM (UTC).
Look forward to exclusive Appearances, Lingering Melody, Resonating Melody, and other exciting rewards!
The biggest content drop since launch, the dream of Hexi begins soon. pic.twitter.com/tO0z2ynVqo

— Where Winds Meet (@WhereWindsMeet_) February 28, 2026

Expansion Hexi hadir penuh dengan ganjaran untuk pemain yang setia:

  • 30+ item Lingering Melody
  • 90+ item Resonating Melody (termasuk pull yang diperoleh melalui Echo Jade yang ditemui semasa penerokaan)
  • 100+ Appearance dan item kosmetik
  • Pakaian Whirl of Radiance (diperoleh melalui penerokaan)
  • 100+ Exquisite Reward, termasuk penampilan unik seperti kostum Burlap Sack, Bride’s Bloom, dan War Drum
  • Avatar White-Headed General
  • Nameplate Radiant Horizons
  • Emote “Who Else?” dan “Pluck Stars”

Penambahbaikan Quality-of-Life

Selain penambahan kandungan, Everstone turut melaksanakan penambahbaikan teknikal dan UI

  • Pengoptimuman Cross-Platform
    • Prestasi dan penggunaan memori telah dioptimumkan untuk PC, PlayStation 5, dan peranti mobile, yang mengurangkan crash dan memastikan kestabilan lebih tinggi.
    • Pasukan pembangunan juga telah meningkatkan keseragaman pengalaman gameplay untuk peranti yang berbeza, supaya pemain boleh bertukar antara platform dengan lancar tanpa merasai perbezaan ketara.
    • Rendering adegan telah dipertingkatkan agar peralihan skrin dan pergerakan watak lebih lancar dan semula jadi, bagi mengelak isu stuttering yang kadangkala berlaku semasa urutan intensif.
  • Penambahbaikan Kawalan Konsol
    • Input controller PlayStation 5 telah dikemas kini secara khusus untuk dungeon Taiping Mausoleum dan acara tertentu bagi meningkatkan intuitif dan kawalan.
    • Pasukan pembangunan juga telah mengoptimumkan logik paparan fokus controller dan membetulkan isu kursor yang sebelum ini menjadikan navigasi UI mengelirukan, terutamanya dalam menu dengan pelbagai pilihan.
  • Rombakan Pengurusan Inventori
    • Sistem inventori menerima peningkatan dengan ciri kitar semula dan filter yang lebih baik. Pemain kini boleh mengitar semula pelbagai jenis item secara serentak dengan pantas, dan fungsi Fast Recycle baharu membolehkan pemprosesan pukal untuk item yang telah tamat tempoh, dibuang, dan boleh dikitar semula.
    • Kemas kini ini juga memperkenalkan kaedah pengkategorian item yang lebih baik dan meningkatkan had stack untuk Life Material tertentu.

  • Penambahbaikan Sistem Notifikasi
    • Everstone telah mengoptimumkan notifikasi untuk Compendium, Achievements, Event, progression Martial Arts, dan aktiviti Guild. Matlamatnya adalah untuk memastikan pemain menerima maklumat dengan tepat pada masanya dan jelas tanpa dibebani oleh amaran yang berulang atau mengganggu.

Ciri Sosial dan Guild

Expansion ini mengukuhkan sistem sosial Where Winds Meet dengan mod Guild gameplay dan cabaran baharu yang mempelbagaikan gaya lawan dan pilihan strategi. Mekanik Guild War telah diselaraskan untuk mengurangkan gangguan dan memastikan aliran combat yang lebih lancar.

Peningkatan ciri sosial termasuk pelbagai chat dan fungsi group chat, memudahkan pemain untuk berinteraksi, menyelaraskan aktiviti, dan berkongsi kisah mereka dengan rakan dan ahli guild.


Pra-muat turun expansion Hexi sekarang di semua platform. Untuk maklumat lanjut, layari SINI.

Tags: DLCWhere Winds Meet
ShareTweetSend
Previous Post

Skandal Shogakukan – Pencipta Disabitkan Jenayah Seks Beroperasi Dua Tahun Tanpa Pengetahuan Pembaca

Next Post

‘God of War Live-Action’ Dikecam Hebat, Pencipta Game Asal Pun Ikut Serang Sekali!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
‘God of War Live-Action’ Dikecam Hebat, Pencipta Game Asal Pun Ikut Serang Sekali!

'God of War Live-Action' Dikecam Hebat, Pencipta Game Asal Pun Ikut Serang Sekali!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd