Game God Eater 3 adalah game yang ada elemen kelajuan, adrenalin dan perlawanan boss yang mengujakan, inilah elemen yang penting perlu ada di God Eater 3. Untuk pengetahuan korang, God Eater 3 ni dah banyak berubah kerana, ianya bukan seperti God Eater yang lain sebelum ini. Storyline dalam God Eater 3 adalah pertempuran yang terakhir. Ianya melibatkan Fenrir dan raksasa yang bernama “Aragami” yang meneruskan untuk menghancurkan semua perkara di Bumi dan generasi baru God Eater akan menyelamatkan keadaan.
Perkara yang bagus dalam God Eater 3 adalah Ash Aragami yang baru, dalam God Eater sebelum ini, pemain boleh masuk dalam Burst Mode untuk bunuh Ash Aragami, tetapi dalam God Eater 3 Ash Aragami boleh kacau pemain dalam Burst Mode! Tetapi, kalau pemain tak berhati-hati, karekter pemain memang akan sakit. Di dalam bahagian peta God Eater 3 pula, ianya agak kecil dan cukup-cukup ruang untuk megelak dari Ash Aragami tersebut.
Dalam sistem tempur pula, God Eater 3 mementingkan kelajuan, dan mementingkan persekitaran yang unik lagi cantik. Pemain boleh melihat Aragami dan tekan Dive untuk dekatkan diri dengan Aragami dengan kelajuan yang tinggi. Ianya sangat berguna untuk melumpuhkan musuh dan jatuhkan Aragami tersebut. Tidak seperti God Eater sebelum ini, Aragami yang boleh lari ke tempat asal mereka dan pemain itu harus kejar Aragami tersebut. Dalam God Eater 3 ada Acceleration Trigger dan Engage Elements yang terbaru! Acceleration Trigger adalah kelebihan yang pasif ianya memerlukan pemain ampai ke peringkat yang akan meningkatkan sistem petempuran dalam God Eater 3!
Untuk pengetahuan korang, God Eater 3 ada elemen iaitu Burts Arts yang sama dengan Blood Art. Satu senjata yang boleh pegang 3 jenis Burts Art iaitu Serangan Bawah, Serangan tengah-tengah dan Serangan Atas. Setiap Burst Arts ada kekuatan tersendiri. Berbandingan dengan Blood Art, Burst Art ini adalah jauh lebih senang dan lebih cepat untuk digunakan! Dan efek yang sangat mengagumkan! Paling penting dalam Burst Arts ini adalah kepelbagaian benda yang pemain boleh guna dalam situasi tersebut, jadi, Burts Art ini perlu diguna bila perlu sahaja dengan tiada masalah.
Untuk grafik pula, God Eater 3 memang nampak bagus dan kualitinya sangat memberangsangkan berbandingan God Eater sebelum ini! Dalam Mod Pertempuran, grafik yang mengunakkan efek yang bagus dalam tempuran tersebut. Untuk pengetahuan semua God Eater 3 telah menambah pelbagai Aragami yang baru dan ianya agak susah untuk megalahkan mereka dalam perlawanan, walaubagaimanapun ada pelbagai kostum karekter yang ada banyak pilihan seperti aksesori, topeng, gaya rambut dan banyak lagi!
Bagi saya, ianya satu game yang baik dari Dari Bandai Namco Entertainment, ianya satu pengalaman yang bagus apabila main God Eater 3 tetapi ianya masih God Eater siri yang kita suka dan mereka berjaya mengekalkan elemen original itu ke dalam siri tersebut. Tetapi agak janggal mula-mula apabila God Eater ditukarkan ke cara permainan yang laju dan lebih-lebih lagi bagiyang tidak kenal siri ini pasti agak menyusahkan mereka pada memulakan pengembaraan dalam God Eater 3. Korang Boleh dapatkan God Eater 3 Di PS Store dan Steam!
@gamersantaimy
Discussion about this post