Sony Interactive Entertainment telah mendedahkan butiran lengkap mengenai tarikh pra-tempahan dan harga rasmi di Malaysia untuk Ghost of Yōtei Gold Limited Edition PS5 Bundle.
Para peminat di seluruh negara berpeluang untuk menempah set konsol dan aksesori edisi khas ini bermula 4 September melalui pengedar sah PlayStation yang terpilih. Pelancaran rasmi produk edisi terhad ini akan keluar pada 2 Oktober 2024, serentak dengan pelancaran game.
Perlu diingatkan bahawa kesemua item ini ditawarkan dalam kuantiti yang terhad.
Harga rasmi adalah seperti berikut:
- PS5 Console – Ghost of Yōtei Gold Limited Edition Bundle: RM 2,729
- PlayStation 5 (slim) Console Cover – Ghost of Yōtei Gold Limited Edition: RM 309
- PlayStation 5 Pro Console Cover – Ghost of Yōtei Gold Limited Edition: RM 309
- DualSense Wireless Controller – Ghost of Yōtei Gold Limited Edition: RM 419

Motif rekaan “Ghost of Yōtei Gold Limited Edition” ini mengambil inspirasi daripada kintsugi, iaitu seni tradisional Jepun untuk memulihkan barangan seramik yang retak dengan menggunakan lakuer yang dicampur serbuk emas.
Falsafah estetika ini meraikan ‘keindahan dalam ketidaksempurnaan’ dan menggambarkan perjalanan peribadi watak protagonis, Atsu, dalam menempuh proses penyembuhan serta kecekalan.

Selain itu, rekaan ini turut memberi penghormatan kepada latar tempat fiksyen game iaitu Ezo (kini dikenali sebagai Hokkaido), dengan menjadikan Gunung Yōtei sebagai elemen visual utamanya.
Sebagai pelengkap, kedua-dua konsol dan alat kawalan dihiasi dengan ukiran mohor khas yang menampilkan bentuk-bentuk ikonik PlayStation, menjadikannya item koleksi yang lebih unik dan eksklusif.

Pakej utama dalam koleksi ini, iaitu PS5 Console – Ghost of Yōtei Gold Limited Edition Bundle, mengandungi:
- Unit konsol PS5 edisi terhad (model slim dengan pemacu cakera) yang menampilkan reka bentuk rumit berinspirasikan kintsugi.
- DualSense dengan rekaan sepadan, yang dihiasi siluet watak Atsu pada touchpad.
- Baucar digital untuk Ghost of Yōtei Edisi Standard, yang disertakan sekali dengan kandungan bonus pra-tempahan seperti topeng eksklusif dalam game dan set tujuh avatar PSN.


Bagi mereka yang sudah memiliki konsol PS5, jangan risau. Console Cover (tersedia untuk model PS5 slim dan PS5 Pro) serta DualSense edisi terhad ini juga boleh dibeli secara berasingan.









Discussion about this post