Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Impact – Siapa Patut Anda Dapatkan Dalam Banner Version “Luna I”?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 4, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, Epic Store, iOS, Mobile, Open World, Panduan, PC, PS4, PS5, RPG, Xbox Series X|S
0 0
0
Genshin Impact – Siapa Patut Anda Dapatkan Dalam Banner Version “Luna I”?
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan ketibaan update Version Luna I “Song of the Welkin Moon: Segue” dalam Genshin Impact, HoYoverse membawakan barisan banner yang menarik.

Ia bukan sahaja memperkenalkan watak-watak baharu dari wilayah Nod-Krai, tetapi juga menampilkan semula beberapa rerun untuk watak-watak popular yang sentiasa menjadi idaman pemain. Tidak kira sama ada anda pemain yang baru memulakan perjalanan atau seorang veteran, update ini sememangnya patut diberi perhatian.

Justeru, artikel ini akan mengupas setiap banner untuk memudahkan anda membuat pilihan yang terbaik.

Cadangan Banner untuk Version “Luna I”

Mengikut corak update sebelumnya, kali ini banner masih dibahagikan kepada dua fasa, setiap satu menampilkan kombinasi watak 5-Star baharu dan watak rerun. Watak 5-Star terbaharu dari Nod-Krai, Lauma dan Flins, akan menjadi tumpuan utama bagi setiap fasa.

Mereka diiringi oleh Aino, watak 4-Star baharu dari wilayah yang sama yang direka khusus sebagai support ideal untuk kedua-dua Lauma dan Flins, serta mampu memanfaatkan buff Moonsign.

Sementara itu, watak rerun kali ini ialah Nahida dan Yelan. Pemilihan mereka dilihat strategik untuk melengkapkan dan menyokong kebolehan watak-watak dari Nod-Krai, sekiranya anda bercadang untuk menyatukan mereka dalam sebuah pasukan.

Fasa Pertama

Lauma (5-Star Support)

Lauma adalah watak support 5-Star yang kebolehannya tertumpu kepada memperkasakan damage yang terhasil daripada reaksi elemental. Kelebihan utamanya adalah pada reaksi baharu, Lunar-Bloom, yang diperkenalkan dalam update ini.

Walaupun Lauma lebih banyak beraksi off-field, sifatnya yang serba boleh dalam memberi buff menyeluruh kepada pelbagai reaksi menjadikannya satu pelaburan yang berbaloi untuk masa hadapan, terutamanya bagi pemain yang suka membina pasukan berteraskan kombo reaksi elemental.

Sesuai Untuk:

Sebagai watak pertama yang memperkenalkan reaksi Lunar-Bloom, Lauma menjadi pilihan wajib bagi pemain yang ingin mengeksploitasi mekanik baharu ini atau memerlukan watak support padu untuk mengoptimumkan damage reaksi pasukan.

Dia juga berupaya mengenakan debuff kepada musuh, malah pada tahap C1, dia boleh bertindak sebagai healer. Walau bagaimanapun, jika anda sudah berpuas hati dengan pasukan sedia ada dan tidak berminat untuk mencuba gabungan Lunar-Bloom, anda mungkin boleh menyimpan Primogem dan melangkau banner ini.

Nahida (5-Star Sub DPS – Rerun)

Sudah menjadi lumrah, watak-watak Archon sentiasa mempunyai nilai yang tinggi, dan Nahida bukanlah pengecualian. Meskipun telah kembali beberapa kali, dia tetap menjadi buruan ramai. Pada C0 sekalipun, Nahida masih memegang status sebagai antara watak Sub DPS terhebat dalam game.

Keserasiannya dengan Lauma menjadikan gandingan mereka sangat kuat, sekali gus menambah daya tarikan kepada banner fasa pertama ini, terutamanya jika anda ingin memiliki kedua-duanya.

Fasa Kedua

Flins (5-Star Main DPS)

Meskipun Flins bukan watak pertama yang menggunakan mekanik Lunar-Charged, dia direka untuk menyerlahkan potensi sebenar reaksi ini. Sebagai seorang Main DPS, keseluruhan set kemahirannya berpusat pada reaksi tersebut.

Walaupun butiran penuh kemahirannya masih dirahsiakan sehingga banner-nya tiba, kemunculan awalnya telah sudah berjaya menarik banyak perhatian dalam kalangan peminat. Bagi mereka yang sedang mencari Main DPS elemen Elektro yang berkaliber, Flins adalah calon yang sangat disyorkan.

Yelan (5-Star Sub DPS – Rerun)

Serupa dengan Nahida, Yelan juga kekal sebagai salah satu watak Sub DPS paling versatil dan berkuasa dalam game, biarpun tanpa sebarang constellation (C0). Kehadirannya dalam fasa kedua bersama Flins adalah satu padanan yang strategik, kerana mereka boleh bekerjasama dengan cemerlang dalam satu pasukan.

Yelan boleh membantu mencetuskan reaksi Lunar-Charged yang sangat efektif, menjadikannya pilihan alternatif yang hebat jika anda tidak memiliki Aino, atau jika Aino sedang digunakan dalam pasukan lain.

Banner Chronicled Wish

Di samping banner utama, Version Luna I juga memperkenalkan pusingan baharu untuk Banner Chronicled Wish. Kali ini, ia menampilkan enam watak dari Sumeru, iaitu Dehya, Alhaitham, Wanderer, Cyno, Nilou, dan Tighnari, berserta ‘signature weapon’ masing-masing.

Sekiranya tawaran banner utama kurang menarik minat anda, banner ini mungkin boleh menjadi pilihan. Namun, perlu diingat bahawa ini adalah watak-watak generasi lama. Anda dinasihatkan untuk menilai semula kekuatan dan relevan mereka dalam meta semasa, kerana mungkin sudah wujud pilihan lain yang lebih berkuasa.

Update Genshin Impact Versi Luna I akanuntuk dilancarkan pada 10 September. Ia akan tersedia untuk platform PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, PC (melalui klien rasmi dan Epic Games Store), serta peranti mudah alih iOS (melalui App Store) dan Android (melalui Google Play). Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Genshin ImpactPanduan
ShareTweetSend
Previous Post

[ADSC 2025] DICE 3.0 Diiktiraf di Peringkat Kebangsaan, Kreativiti & Daya Cipta Generasi Muda Dipuji

Next Post

Genshin Impact – Panduan Memakai Lauma, Watak Pertama Dengan Reaction “Lunar-Bloom”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Genshin Impact – Panduan Memakai Lauma, Watak Pertama Dengan Reaction “Lunar-Bloom”

Genshin Impact - Panduan Memakai Lauma, Watak Pertama Dengan Reaction "Lunar-Bloom"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd