Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[ADSC 2025] DICE 3.0 Diiktiraf di Peringkat Kebangsaan, Kreativiti & Daya Cipta Generasi Muda Dipuji

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 4, 2025 - Updated on September 8, 2025
in Acara, Animasi, Anugerah, Artikel, Berita, Filem, Game, Tempatan
0 0
0
[ADSC 2025] DICE 3.0 Diiktiraf di Peringkat Kebangsaan, Kreativiti & Daya Cipta Generasi Muda Dipuji
Share on FacebookShare on Twitter

Suasana di ASEAN Digital Content Summit 2025 meriah dengan inovasi apabila program Digital Interactive Creative Excellence (DICE) 3.0 mengangkat para bakat muda paling cemerlang dari seluruh Malaysia.

Penganjurannya mencapai kemuncak melalui satu majlis anugerah gilang-gemilang yang turut menyaksikan program ini mendapat penghormatan penting di peringkat kebangsaan.

Kredit: Digital Braves

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dalam ucapan perasmiannya, menzahirkan rasa bangga atas kejayaan inisiatif tersebut, terutamanya selepas ia diabadikan dalam Malaysia Book of Records sebagai satu rekod pencapaian negara.

Menurut beliau, DICE 3.0 memainkan peranan strategik untuk memperkasa dan menyuburkan lagi daya saing para pelajar dari institusi pengajian tinggi dalam arena industri kandungan digital kreatif.

“Program ini menyerlahkan kreativiti tinggi generasi muda kita di tengah-tengah kepesatan transformasi digital,” jelas Datuk Seri Dr Zambry.

Tambah beliau, DICE turut menyumbang kepada pembentukan sebuah ekosistem keusahawanan pelajar yang lebih bertenaga dan memenuhi tuntutan semasa industri kreatif digital.

Pada masa yang sama, beliau menyeru para pelajar agar menjadikan penyertaan dalam program ini sebagai “langkah pertama bagi menghasilkan produk-produk digital kreatif yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.”

DICE digerakkan sebagai sebuah program bersepadu yang menggabungkan latihan dan pertandingan, khusus untuk memupuk semangat keusahawanan kreatif di kalangan mahasiswa.

Program ini membuka ruang dan peluang berharga dalam pelbagai disiplin seperti produksi video, animasi pendek, pembangunan permainan video, dan penghasilan kandungan digital.

Ia sekali gus bertindak sebagai pentas utama bagi para inovator muda untuk mengetengahkan hasil kerja mereka kepada pakar-pakar industri dan masyarakat umum.

Untuk edisi kali ini, DICE 3.0 berjaya menarik penyertaan seramai 320 orang yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah dari beberapa negara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Brunei.

Sebanyak 64 projek kandungan digital kreatif yang inovatif telah dipamerkan di ruang pameran sidang kemuncak, di mana para peserta membentangkan hasil karya mereka di reruai yang dikhususkan mengikut empat kategori utama: animasi pendek, filem pendek, aplikasi media interaktif, dan aplikasi permainan video digital.

Majlis gilang-gemilang ini melabuhkan tirainya dengan penganugerahan DICE 3.0 Award yang menjadi tumpuan ramai, bertujuan untuk memberi penghargaan kepada projek-projek yang menunjukkan mutu kerja paling unggul.

Pemenang DICE 3.0 Award

Animasi Pendek

  • Tempat Pertama: Rakska: Night Shift – GRILL CREATIVE | Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Naib Johan: Qosmic: Himbaan Tungor – Belacak | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Kredit: Digital Braves
Kredit: Digital Braves

Filem Pendek

  • Tempat Pertama: Cara Buat Kopi – BANGSA KAMERA | Universiti Teknologi MARA Puncak Perdana
  • Naib Johan: Vendeta – WEML PRODUCTION | Multimedia University
Kredit: Digital Braves
Kredit: Digital Braves

Aplikasi Media Interaktif (AR/VR)

  • Tempat Pertama: Flaime VR – DREAMVENTURE | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Naib Johan: Banjir VR: Learn, Act, Survive – METAWARE STUDIO | Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Kredit: Digital Braves
Kredit: Digital Braves

Aplikasi Game Digital

  • Tempat Pertama: Firesout! – DREAMONAUT STUDIO | Asia Pacific University
  • Naib Johan: Aqua Drift – PIXORA GAMES | Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Kredit: Digital Braves
Kredit: Digital Braves
[UPDATE] Netizen akan dapat menyaksikan tayangan ini di pawagam seluruh negara bermula 16 Oktober, untuk tempoh tayangan selama tiga minggu. Para penonton bakal disajikan dengan tayangan khas yang menampilkan 15 filem pendek pilihan rasmi, dengan jumlah masa tayangan selama 91 minit dan 46 saat.

Himpunan filem ini dipilih daripada 54 penyertaan yang memecah rekod, yang diterima daripada studio dan universiti di seluruh negara. Tiket berharga RM15 dan boleh dibeli melalui saluran rasmi GSC, termasuk Kiosk Tiket GSC, e-Payment GSC di laman web, dan GSC Mobile App.

Untuk maklumat lanjut tentang acara, sila layari laman web rasmi.

Tags: ADSC 2025DICE 3.0
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Everybody’s Golf Hot Shots – ‘Hole-in-One’ untuk Peminat Lama & Baharu!

Next Post

Genshin Impact – Siapa Patut Anda Dapatkan Dalam Banner Version “Luna I”?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Genshin Impact – Siapa Patut Anda Dapatkan Dalam Banner Version “Luna I”?

Genshin Impact - Siapa Patut Anda Dapatkan Dalam Banner Version “Luna I”?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd