Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Impact – Panduan Memakai Lauma, Watak Pertama Dengan Reaction “Lunar-Bloom”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 4, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, Epic Store, Gacha, iOS, Mobile, Open World, Panduan, PC, PS4, PS5, RPG, Xbox Series X|S
0 0
0
Genshin Impact – Panduan Memakai Lauma, Watak Pertama Dengan Reaction “Lunar-Bloom”
Share on FacebookShare on Twitter

Lauma ialah watak terbaharu dari wilayah Nod-Krai dalam Genshin Impact, dan merupakan seorang pengguna catalyst berelemen Dendro yang diperkenalkan dalam update Version Luna I “Song of the Welkin Moon: Segue.”

Keistimewaan utamanya terletak pada pengenalan Elemental Reaction baharu, iaitu Lunar-Bloom, beserta mekanik unik yang berkait rapat dengannya, dikenali sebagai Verdant-Dew.

Gabungan ini membuka pelbagai peluang untuk bereksperimen, khususnya bagi pemain yang sedang mencari watak support serba boleh untuk memperkasa pasukan yang dibina berasaskan sinergi reaksi elemental.

Apakah Keunikan Lauma?

Seperti yang disebut, daya tarikan utama Lauma adalah kebolehannya untuk memperkenalkan reaksi Lunar-Bloom yang mampu mengumpul sehingga tiga stack Verdant-Dew. Verdant-Dew merupakan satu sumber penting kerana ia boleh mencetuskan serangan Dendro AoE standard dan menyumbang kepada jumlah damage Lunar-Bloom.

Kesemua mekanik ini berpunca daripada Elemental Skill-nya, yang turut berfungsi untuk melemahkan RES Dendro dan Hydro musuh. Sementara itu, Ledakan Elemental Burst miliknya pula dirangka khas untuk memberi buff maksimum kepada pelbagai reaksi, merangkumi Bloom, Hyperbloom, Burgeon, dan sudah tentu, Lunar-Bloom.

Walaupun Lauma lebih kerap dimainkan sebagai watak sokongan off-field (tidak aktif di medan pertempuran), kefleksibelan dan keupayaannya untuk melonjakkan kuasa pelbagai jenis reaksi menjadikannya aset berharga untuk jangka masa panjang bagi mana-mana pemain yang meminati komposisi pasukan berteraskan sinergi Dendro.

Di luar kombat, dia juga dikurniakan kebolehan eksplorasi unik yang membolehkannya bertukar ke bentuk separa rusa yang membolehkannya bergerak lebih pantas.

Analisis Skil

Elemental Skill – Runo: Dawnless Rest of Karsikko

Lauma akan menyeru Frostgrove Sanctuary yang menjelma dalam bentuk seekor rusa suci, dengan kesan yang berbeza mengikut cara skil ini diaktifkan. Apabila ditekan sekali, skil ini menghasilkan damage Dendro AoE. Manakala jika ditahan, ia melancarkan serangan lebih kuat yang dikira sebagai sebahagian daripada damage Lunar-Bloom.

Namun, kesan bonus ini hanya akan berfungsi sekiranya anda menggunakan sekurang-kurangnya satu stack Verdant-Dew selepas mencetuskan reaksi Lunar-Bloom.

Setiap stack Verdant-Dew yang digunakan akan menjana satu Moon Song, yang kemudiannya ditukar kepada Pale Hymn. Mekanik utama Lauma membolehkan stack Pale Hymn memberikannya bonus damage reaksi yang amat tinggi, lebih-lebih lagi apabila Elemental Burst digunakan.

Di samping itu, setiap musuh yang terkena serangan Frostgrove Sanctuary akan menerima kesan debuff Dendro dan Hydro RES untuk tempoh minimum 10 saat.

Elemental Burst – Runo: All Hearts Become the Beating Moon

Sejurus diaktifkan, Lauma terus menerima 18 stack Pale Hymn, yang menjadi sumber buff utama bagi reaksi Bloom, Hyperbloom, Burgeon, dan Lunar-Bloom. Stack ini boleh ditambah lagi dengan mengumpul Moon Song selepas menggunakan Verdant-Dew.

Ini menjadikan rotation-nya lebih teratur, kerana dia bukanlah watak yang skil boleh digunakan secara spam sesuka hati. Untuk mendapat manfaat penuh daripadanya, pengurusan sumber yang cermat amat diperlukan.

Namun, ganjarannya amatlah besar, memandangkan dia mampu memberikan buff yang hebat kepada seluruh pasukan tanpa perlu berada lama di medan lawan.

Equipment Terbaik untuk Lauma

Senjata, Artifact, dan Stat

Signature weapon-nya ialah catalyst Nightweaver’s Looking Glass, yang direka khusus untuk gaya permainannya melalui dua kesan unik. Kesan pertama, Prayer of the Far North, akan meningkatkan Elemental Mastery (EM) sehingga 4.5 saat. Oleh kerana EM merupakan stat terpenting untuk Lauma, kesan ini sangat bersesuaian.

Malah, bonus ini juga boleh diaktifkan melalui serangan Hydro, membolehkan watak lain dalam pasukan turut mendapat manfaatnya.

Kesan kedua, New Moon Verse, bertahan sehingga 10 saat dan hanya boleh dicetuskan oleh reaksi Lunar-Bloom. Apabila kedua-dua kesan ini aktif serentak, seluruh pasukan akan menerima bonus reaksi yang sangat besar: damage Bloom +120%, damage Hyperbloom dan Burgeon +80%, serta damage Lunar-Bloom +40%.

Bonus yang begitu spesifik dan berkuasa tinggi ini menjadikan senjata ini padanan sempurna untuk set kemahirannya.

Bagi pemain F2P (Free-to-Play), terdapat beberapa pilihan alternatif yang hebat. Catalyst yang boleh memaksimakan Elemental Mastery seperti Starcaller’s Watch adalah pilihan yang baik. Update ini turut memperkenalkan senjata Nod-Krai baharu yang boleh ditempa, dan salah satunya, Blackmarrow Lantern, sangat sesuai untuk Lauma.

Senjata ini meningkatkan damage Lunar-Bloom sebanyak 12%, dengan bonus tambahan jika pasukan memenuhi syarat Moonsign: Ascendant Gleam (mempunyai dua watak Nod-Krai dalam pasukan).

Dari segi artifact, set terbaik untuk Lauma ialah Silken Moon’s Serenade. Set ini bukan sahaja meningkatkan Elemental Mastery, tetapi kesannya tetap aktif walaupun Lauma berada di luar padang. Ia juga memberikan bonus damage tambahan sehingga 10% yang bergantung pada jumlah reaksi Lunar yang dicetuskan.

Seperti senjata, jika anda tidak mahu bersusah-payah grinding untuk mendapatkan set artifak baharu, set-set lama yang memberi tumpuan kepada Elemental Mastery masih boleh digunakan.

Untuk stat utama, seperti yang ditekankan berulang kali, Elemental Mastery (EM) adalah stat yang paling mustahak. Potensi damage, buff, dan sokongan Lauma sangat bergantung pada nilai EM miliknya.

Cadangan Pasukan dan Constellation

Kunci untuk membina pasukan yang baik di sekeliling Lauma adalah dengan memfokuskan pada kebolehannya mencetuskan Lunar-Bloom sambil menguatkan reaksi lain.

Mujurlah, update ini turut membawakan Aino, watak Hydro 4-Star dari Nod-Krai yang merupakan pasangan ideal untuknya, apatah lagi mereka muncul dalam banner yang sama. Gabungan mereka berdua sudah cukup untuk membentuk inti pasukan Lunar-Bloom yang kuat.

Jika anda ingin memberi tumpuan khusus pada reaksi Bloom atau Lunar-Bloom, watak Hydro lain seperti Nilou, Yelan, atau Xingqiu juga merupakan alternatif yang sangat baik.

Mengenai constellation, C1 Lauma, “O Lips, Weave Me Songs and Psalms,” sudah cukup praktikal kerana ia memberikannya utiliti tambahan melalui keupayaan penyembuhan kepada pasukan setiap kali reaksi Lunar-Bloom dicetuskan (pemulihan berdasarkan 500% daripada stat EM).

Memandangkan set kemahiran asalnya tiada fungsi penyembuhan, C1 sahaja sudah meningkatkan kefleksibelannya secara mendadak. C2 juga sangat menarik kerana ia menawarkan peningkatan kuasa yang signifikan untuk Elemental Burst-nya.

Bagi pemain yang ingin mencapai potensi penuhnya, C6 adalah hadiah sebenar kerana ia menyediakan lebih banyak cara untuk menghasilkan stack Pale Hymn melalui Elemental Skill, di samping memberi buff seperti +25% damage Lunar di bawah syarat Moonsign: Ascendant Gleam.

Patut Pull, Skip, atau Tunggu?

Sebagai watak pertama yang memperkenalkan mekanik Lunar-Bloom, Lauma sudah cukup untuk menjadi watak yang wajib dimiliki bagi pemain yang gemar mencuba mekanik reaksi baharu.

Tambahan pula, kebolehannya untuk menguatkan pelbagai reaksi, mengenakan debuff, serta menyediakan utiliti menyeluruh kepada pasukan menjadikannya satu pelaburan jangka panjang yang sangat berbaloi. Dengan C1, dia turut dilengkapi fungsi penyembuhan, menyempurnakan lagi peranannya sebagai watak support.

Walaupun dia mungkin bukan watak yang akan sentiasa berada di medan lawan, Lauma adalah support yang boleh diharap untuk melonjakkan damage reaksi pasukan anda ke tahap yang lebih tinggi, asalkan pasukan dibina untuk menyerlahkan kehebatannya.

Update Genshin Impact Versi Luna I akanuntuk dilancarkan pada 10 September. Ia akan tersedia untuk platform PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, PC (melalui klien rasmi dan Epic Games Store), serta peranti mudah alih iOS (melalui App Store) dan Android (melalui Google Play). Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Genshin ImpactPanduan
ShareTweetSend
Previous Post

Genshin Impact – Siapa Patut Anda Dapatkan Dalam Banner Version “Luna I”?

Next Post

[ADCS 2025] Bagaimana Jepun Menjadi Fenomena Global Daripada Aspek “Storytelling”, Menurut Shuzo John Shiota

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
[ADCS 2025] Bagaimana Jepun Menjadi Fenomena Global Daripada Aspek “Storytelling”, Menurut Shuzo John Shiota

[ADCS 2025] Bagaimana Jepun Menjadi Fenomena Global Daripada Aspek "Storytelling", Menurut Shuzo John Shiota

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd