Bandai Namco Entertainment nampaknya tidak terlepas peluang menunjukan treler rasmi terbaru untuk permainan terbaru mereka Tokyo Ghoul Re: CALL to EXIST yang sepatutnya hadir musim sejuk tahun lalu. Tetapi kali ini Bandai Namco telah mengesahkan ianya akan hadir tahun ini iaitu 15 November 2019 untuk platform PlayStation 4 dan PC.
Jom saksikan trelernya disini;
Bukan itu sahaja beberapa tangkapan skrin turut dikongsikan oleh Gematsu untuk permainan terbaru Bandai Namco Ini, anda boleh saksikanya disini;
Permainan video tindakan aksi orang ketiga ini melibatkan Anime dan Manga Tokyo Ghoul juga ia akan mempunyai multiplayer dalam talian. Pemain boeh memilih antara menjadi Ghoul atau Penyiasat dalam permainan dengan kedua watak Haise Sasaki dan Ken kaneki untuk dimainkan. Juga watak Kōtarō Amon, Kishō Arima, Tōka Kirishima, dan Shū Tsukiyama boleh dimainkan.
Disini adalah sinopsis bagi permainan ini:
Tokyo Ghoul: re Call to Exist untuk tindakan pantas dan membawa pemain pada perjalanan yang menggerikan dimana meneruskan kehidupan merupakan satu-satunya gol permainan. Pemain akan memilih peperangan mereka antara Ghoul atau Penyiasat, dimana kedua-dua jenis mempunyai kebolehan dan senjata unik tersendiri untuk dikuasai.
Pemain dapat menggunakan Kagune atau Quingue untuk menewaskan musuh, bertarung bersama rakan melalui perlawanan dalam talian dalam pertandingan 4v4 yang penuh dengan aksi!
Kenali beberapa watak yang ada di Tokyo Ghoul re: Call to Exist
Nishiki Nishio
Nishiki adalah seorang Ghoul yang memburu jenisnya sendiri. Nishiki dianggap sebagai S-rank Ghoul untuk pokokAogiri dari (CCG) dan nama samaranya adalah “Serpent” disebabkan topeng ular yang dipakainya.
Kuasa istimewa: Bikaku – Ekor seperti Kagune yang mampu membelit musuh dan melakukan serangan kuasa yang kuat!
Shu Tsukiyama
Anak kepada Tsukiyama Group dan pernah dikenali sebagai “Gourmet”. Shu kehilangan rasa kehidupanya selepas Kaneki hilang.
Kuasa istimewa: Koukaku -Adalah Kagune jenis pertahanan yang mempunyai serangan menusuk utama serta kemampuan untuk menjaga serangan kuat musuh!
Touka Kirishima
Ghoul yang mempunyai kedai kopi ‘re’. Touka membuka kafenya dengan harapan Kaneki masih hidup dan mempunyai tempat untuk kembali.
Kuasa istimewa: Ukaku – Kagune jenis ini selalunya bulu ‘feathers’ yang beterbangan di bahagian bahu. Ukaku Touka dapat melakukan serangan kilat yang laju serta jarak jauh kepada musuh.
Berminat dengan Tokyo Ghoul re: Call to Exist? Dapatkan pra-pembelian permainan ini di laman web rasmi Bandai Namco Entertainment!
@gamersantaimy
Discussion about this post