Haritu, Gamer Santai dapat barang baik dari ASUS. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada ASUS kerana bagi aku peluang terlebih dahulu sebelum orang lain. Tak lain dan tak bukan, ZenFone Max Pro M1. Jadi, hari ni, aku nak buat review handphone ASUS ZenFone Max Pro M1. Sebelum itu, secara overall, aku berpuas hati dengan ZenFone Max Pro M1. Nak tahu kenapa? Jom, ikut aku dalam entri ni.
Dalaman
Sebelum kita pergi ke reka bentuk dia, jom, aku nak cerita dekat korang barang dalaman yang dipasang ke dalam ZenFone Max Pro M1 ni dulu. Menggunakan processor Qualcomm Snapdragon 636 Octa-core CPU merupakan satu langkah yang bijak untuk boost kan performance ZenFone Max Pro M1 ni. Dilengkapi dengan bateri 5000 mAh akan membolehkan korang menggunakan handphone ini untuk jangka masa yang lama. Menggunakan Flash Charge untuk mengembalikan bateri handphone dengan pantas. Selain itu, triple-slot untuk dual-SIM dan MicroSD sehingga 2TB. Dual-slot tersebut menggunakan Nano-SIM.
Untuk ZenFone Max Pro M1, didatangi dengan 3 spesifikasi, 3GB+32GB, 4GB+64GB dan akhir sekali 6GB+64GB. Camera jugak datang mengikut spesifikasi yang diberitahu tadi, 13MP digunakan untuk specs 3GB+32GB dan 4GB+64GB, manakala 16MP pula untuk 6GB+64GB. Untuk kamera depan pula semuanya 16MP. ZenFone Max Pro M1 juga menggunakan Dual Camera. Camera belakang yang kedua menggunakan 5MP bokeh camera untuk efek potrait yang sempurna.
Luaran
Dari segi rega bentuk, ianya agak sleek, dan menggunakan Premium Metal untuk body. Display pula, 6-inch Full View Display (18:9). Resolusinya pula 2160×1080 Full HD+ dan 2.5D curve glass design. Untuk ciri keselamatannya pula, ZenFone Max Pro M1 menggunakan 0.3s Ultrafast Fingerprint Sensor dan juga Face Unlock. Sangat mengujakan bagi aku. Dari luaran, memang nampak sejenis handphone yang premium.
Konklusi
Pada pandangan aku, ianya handphone yang sangat berbaloi. Dengan spesifikasi yang agak tinggi, ianya memuaskan pada harga yang rendah. Aku terkejut bila ZenFone Max Pro M1 boleh main PUBG dengan high setting. Haaaa, jangan pandang RAM kecik tak boleh main, semua bergantung kepada processor itu sendiri. So, untuk ZenFone Max Pro 3Gb+32GB berharga MYR 699, 4GB+64GB berharga MYR 849 dan 6GB+64GB berharga MYR 999.
Dan, berita baik, lazada akan adakan Flash Sales pada 1,5,12,19, dan 26 Jun dan korang boleh beli ZenFone Max Pro pada harga yang lebih murah. Juga ada lazada Flash Sale pada July. Untuk info lanjut, korang boleh ke website dan Facebook mereka.
Gambar dan video diambil dengan α6300
@gamersantaimy
Discussion about this post