Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gameplay Pertama The God Slayer – Dunia Steampunk Dengan Combat Elemental Wuxia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 4, 2025
in Action, Artikel, Berita, Open World, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Gameplay Pertama The God Slayer – Dunia Steampunk Dengan Combat Elemental Wuxia
Share on FacebookShare on Twitter

Pathea Games, pembangun yang terkenal dengan game popular My Time at Portia dan My Time at Sandrock, secara rasminya telah melancarkan trailer pertama untuk RPG aksi open world terbaharunya, The God Slayer.

Gameplay baharu ini mempamerkan sebuah metropolis steampunk yang diinspirasikan dari budaya Timur dan menawarkan pandangan pertama pada sistem combat elemental dinamik permainan tersebut.

Diumumkan sejak Julai 2023 sebagai judul di bawah PlayStation China Hero Project, pembangunnya kini telah mengesahkan bahawa game ini juga akan dilancarkan di Xbox Series X|S dan PC melalui Steam selain PS5, walaupun tarikh pelancaran yang spesifik masih belum diumumkan.

The God Slayer membawa pemain ke dalam sebuah dunia di mana makhluk berkuasa yang dikenali sebagai Celestials memerintah. Pemain akan memegang watak sebagai Cheng, seorang Elemancer yang dahagakan dendam selepas keluarganya dibunuh dengan kejam semasa peristiwa dahsyat yang dikenali sebagai God Fall.

Peristiwa tragis ini berlaku selepas manusia menemui cara untuk menggunakan qi—tenaga yang dipercayai oleh Celestials sebagai hak milik mereka—untuk menguasai kuasa elemental. Pembunuhan kejam raja dan ramai Elemancer di Kerajaan Zhou oleh Celestials telah mengukuhkan pemerintahan mereka.

Sebagai Cheng, pemain akan memulakan sebuah misi berbahaya untuk menyelamatkan rakyatnya dan menuntut bela atas kematian orang yang tersayang. Perjalanan ini melibatkan pengasahan abiliti elemental berasaskan api, air, tanah, logam, dan kayu, mempelajari kemahiran baharu daripada skrol purba, dan menguasai aliran qi.

Game ini menjanjikan sistem combat dinamik di mana kuasa elemental berinteraksi antara satu sama lain dan dengan persekitaran. Sebagai contoh, api boleh memakan kayu, dan air boleh memadamkan api, membolehkan pendekatan strategik dan kreatif dalam combat.

Cheng tidak akan bersendirian dalam pertarungannya menentang Celestials. Dia akan menemui sekutu dalam Star Fall Society, sebuah kumpulan penentang yang diketuai oleh “Master” yang penuh misteri.

Puak yang terdiri daripada para Elemancer mahir ini berdedikasi untuk menggulingkan pemerintah dewa dan menuntut kembali takdir umat manusia. Untuk berjaya, pemain mesti mengharungi tipu helah politik yang rumit, mencari sekutu, membalas budi, dan merasuah pegawai untuk mendapatkan kelebihan menentang tentera celestial.

Tags: The God Slayer
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Octopath Traveler 0 – Wajah Baharu Francais Kembali Lebih Besar, Lebih Bebas!

Next Post

PlayStation Partner Awards 2025 Japan/Asia – Senarai Penuh Pemenang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Capcom Mid-Year Sale Bawa Diskaun Pertama Kali Buat Resident Evil Requiem
Promosi

Capcom Mid-Year Sale Bawa Diskaun Pertama Kali Buat Resident Evil Requiem

June 8, 2026
Bethesda Umum The Elder Scrolls Online: Season One & Fallout 76: Infestations
Berita

Bethesda Umum The Elder Scrolls Online: Season One & Fallout 76: Infestations

June 8, 2026
Gears of War: E-Day Tiba 6 Oktober, Hanya Di Xbox & PC
Berita

Gears of War: E-Day Tiba 6 Oktober, Hanya Di Xbox & PC

June 8, 2026
Next Post
PlayStation Partner Awards 2025 Japan/Asia – Senarai Penuh Pemenang!

PlayStation Partner Awards 2025 Japan/Asia - Senarai Penuh Pemenang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd