Selepas dua tahun melalui fasa penambahbaikan, 4Divinity dan pembangun Leap Studio akhirnya melancarkan versi penuh Realm of Ink (V1.0); sebuah game action roguelite yang mendapat pujian ramai kerana gameplay seni lukisan dakwatnya yang unik.
Mulai hari ini, pemain boleh menikmati game lengkap di PC melalui Steam dan Epic Games Store. Selain itu, game ini turut dilancarkan di platform konsol iaitu PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan Nintendo Switch.
Melawan Takdir yang Telah Tertulis

Dalam game ini, anda akan mengawal watak Red, seorang pahlawan wanita yang sedang memburu Fox Demon. Namun, satu kebenaran pahit terbongkar: Red sebenarnya hanyalah watak di dalam sebuah buku, dan segala penderitaannya telah pun dirancang oleh seorang penulis misteri.
Untuk membebaskan diri, Red perlu bertarung merentasi empat alam yang diinspirasikan daripada cerita rakyat Cina. Misinya hanya satu… memecahkan kitaran takdir dan menulis semula pengakhiran hidupnya sendiri, halaman demi halaman.

Seperti game roguelite yang lain, tewas dalam combat bukanlah penamat. Setiap kali tewas, Red akan kembali ke “The Inn,” sebuah hub utama untuk berehat dan mengatur strategi. Di sini, anda boleh berbual dengan sekutu, mendapatkan naik taraf kekal, dan memilih daripada sembilan combat form berbeza.
Setiap combat form ini menawarkan gaya permainan yang unik, lengkap dengan senjata dan abiliti tersendiri. Sama ada anda lebih suka serangan pantas atau gaya taktikal yang berat, pilihan di tangan anda. Gabungan lebih 200 perk dan “Ink Gems” (kuasa elemen) membolehkan anda mencipta pelbagai build mengikut kreativiti.
Kolaborasi Istimewa dengan BlazBlue

Sempena pelancaran versi 1.0, Leap Studio turut membawakan kejutan besar iaitu kolaborasi bersama game fighting popular, BlazBlue Entropy Effect.
Pemain boleh membuka Oread sebagai salah satu combat form yang boleh dimainkan. Oread membawakan gaya serangan agresifnya ke dalam dunia dakwat ini, lengkap dengan Ink Gem eksklusif dan skin baharu untuk “Ink Pet” milik Red.
Haiwan peliharaan ini bukan sekadar hiasan; ia boleh berevolusi kepada 15 bentuk berbeza untuk membantu anda bertarung sekali.

Versi penuh turut memperkenalkan lebih daripada 20 bos dan makhluk mitos baharu. Ini bermakna, pemain yang sudah biasa dengan versi Early Access sebelum ini pun akan menemui banyak cabaran dan kandungan segar yang belum pernah diterokai.
Anda boleh mendapatkan Realm of Ink bermula hari ini di platform berikut:
- PC (Steam & Epic Games Store): Tersedia sekarang dengan diskaun pelancaran 10% untuk masa terhad.
- Konsol: Tersedia di PlayStation Store, Xbox Store, dan Nintendo eShop.
Untuk maklumat lanjut, layari SINI.

![[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong](https://cdn.gamersantai.com/2026/07/Jay-Armstrong_IWX-2026_FI-350x250.jpg)







Discussion about this post