Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Honor of Kings: World (Ujian Alpha) – Bagaimana Sebuah MOBA Diubah Kepada Game Open-World?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 26, 2026
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Open World, PC, Preview, RPG, Steam
0 0
0
Previu Honor of Kings: World (Ujian Alpha) – Bagaimana Sebuah MOBA Diubah Kepada Game Open-World?
Share on FacebookShare on Twitter

Honor of Kings sememangnya satu nama gergasi dalam arena Mobile MOBA, namun TiMi Studio Group (Tencent) ingin membawa francais ini ke tahap baharu menerusi Honor of Kings: World.

Dibangunkan sebagai sebuah game aksi RPG open-world, judul ini membawa watak-watak serta naratif yang cukup sinonim dengan peminat ke dalam sebuah dunia fantasi Timur yang luas dan menawan.

Selepas lebih lima tahun dibangunkan, game ini baru sahaja menamatkan Global Alpha Test, memberi kami peluang pertama untuk merasai sendiri pengalaman combatnya yang dinamik, penerokaan peta, serta ciri co-op. Semestinya, sebuah projek bercita-cita tinggi seperti ini mengundang banyak persoalan.

Jadi, mari kita kupas apa yang kami temui menerusi sesi hands-on ini, bermula dengan topik yang paling hangat diperkatakan.

Sistem Monetization: Bagaimana Game Ini Buat Duit?

Mari mulakan dengan persoalan utama: bagaimana game ini menjana pendapatan? Berdasarkan pemerhatian kami sepanjang Alpha Test, Honor of Kings: World mengambil pendekatan yang sangat berbeza berbanding lambakan game mobile gacha di pasaran.

Daripada memaksa pemain berbelanja untuk pull watak atau upgrade, ia lebih memfokuskan kepada jualan barangan kosmetik, konsep yang mirip dengan game Where Winds Meet.

Anda boleh unlock pelbagai elemen asas game (seperti hero, level, skill tree, gear, dan upgrade bakat (talent) hanya dengan bermain. Tiada paywall atau ‘jalan pintas berbayar’ yang disembunyikan. Sistem gacha pula hampir 100% dikhususkan untuk barangan kosmetik sahaja.

Walaupun ada beberapa hero yang perlu di-unlock melalui Battle Pass pada peringkat awal, mereka nanti akan dimasukkan ke dalam in-game shop biasa. Di situ, anda boleh membelinya menggunakan mata wang in-game yang dikumpul hasil dari bermain, tanpa menggunakan wang sebenar.

Pendek kata, pendekatan monetization yang hanya bergantung pada kosmetik ini terasa sangat ramah kepada pemain.

Dinamik Sistem Combat

Antara kejutan terbesar ialah cara kita mengawal hero kegemaran. Daripada mengawal mereka secara langsung, setiap abiliti mereka telah diubah menjadi set skill yang dikenali sebagai “Flow Style”.

Anda akan bermain menggunakan satu watak utama, tetapi dibenarkan untuk equip dua Flow Style daripada hero yang berbeza pada satu-satu masa. Anda juga bebas untuk bertukar (swap) antara keduanya secara serta-merta di tengah-tengah combat.

Setiap ‘style’ ini mempunyai keunikan dan rentak serangannya yang tersendiri. Memandangkan anda boleh mencampur dan memadankannya, ada banyak ruang untuk bereksperimen mengikut kesesuaian gaya permainan. Pemain boleh memfokuskan kepada burst damage yang tinggi, crowd control, mahupun menumpukan kepada mobiliti.

Kami sempat menguji sekitar tujuh Flow Style yang berbeza, dan tiada satu pun yang terasa seperti dikitar semula.

Combatnya terasa rancak seperti kebiasaan game aksi RPG yang fast-paced. Asas kawalan merangkumi basic attack, tiga skill, butang swap, serta abiliti ultimate yang dicas dari masa ke masa. Ia turut padat dengan mekanik standard game aksi seperti parry, block, dan perfect dodge bagi mencetuskan counterattack.

Asas gameplay mudah dipelajari, namun untuk mengekalkan kelancaran kombo pastinya memerlukan sedikit sesi latihan.

Pengurusan tenaga bagi setiap hero juga berbeza. Sebagai contoh, Mengya perlu mengecas tenaganya sebelum melepaskan serangan AoE yang besar, manakala Shye menggunakan “Phantom Silk” untuk menarik musuh ke arahnya, lalu mengaktifkan chain-healing menerusi basic attack.

Sewaktu berdepan dengan boss, timing yang tepat untuk swap antara hero menjadi kunci kemenangan. Melihat klip gameplay memang mengujakan, namun kelancaran sistem combat ini hanya benar-benar dapat dihayati apabila anda bermain sendiri.

Satu lagi ciri menarik ialah sistem stagger. Apabila musuh diserang, satu meter akan perlahan-lahan diisi penuh. Sebaik sahaja penuh, musuh akan terkena efek stun buat seketika. Inilah peluang keemasan untuk melepaskan damage semaksimum mungkin.

Jika damage anda melepasi tahap tertentu semasa musuh berada dalam keadaan stun, satu animasi execution akan tercetus. Game ini juga menilai prestasi anda sepanjang tempoh stun ini dengan memberikan gred seperti S, A, B, atau C.

Ia turut memaparkan peratusan extra damage bagi serangan execution tersebut berdasarkan kelicikan combo ketika fasa stagger.

Cara Unlock dan Bermain Watak

Pemain pasti gembira melihat wajah-wajah ikonik dari semesta Honor of Kings seperti Shye (Shi), Novar (Yao), Kaiser, dan Mengya. Apa yang paling memuaskan? Kesemua watak ini boleh di-unlock secara percuma tanpa bergantung kepada sistem gacha.

Anda boleh mendapatkannya dengan melengkapkan misi harian, menyertai acara masa terhad, rajin sign-in di akademi, serta dengan sekadar menghabiskan jalan cerita.

Walaupun rupa mereka kekal sama, set abiliti masing-masing telah dirombak secara besar-besaran supaya selari dengan format game aksi. Contohnya Shye, salah satu hero terawal yang boleh dimainkan.

Teras gameplay miliknya masih mengekalkan aksi menembak orb, menarik musuh, dan mencetuskan letupan besar; sekali gus berjaya mengekalkan ‘semangat’ asal skilnya dari versi mobile.

Walau bagaimanapun, memandangkan sistem combat ini dibina semula dari asas, peminat tegar masih perlu mempelajari semula cara memakai watak kegemaran mereka. Walaupun proses mencuba moveset baharu ini cukup menarik, pastikan anda bersedia meluangkan sedikit masa untuk menguasai semula rentak gameplay.

Eksplorasi Peta yang Luas

Dunia game dibina sebagai sebuah peta gergasi yang bersambung sepenuhnya tanpa sebarang loading screen, bermula terus dari kawasan Jixia Academy. Walaupun pihak pembangun belum mengesahkan saiz ukuran rasmi, apa yang pasti ia amat luas.

Peta ini padat dengan pelbagai aktiviti menarik seperti melawan World Boss, menyahut cabaran Invisible Path, memburu peti harta karun, serta menyelesaikan aneka teka-teki. Sekiranya anda jenis pemain yang suka melengkapkan peta hingga 100%, game ini pasti akan membuatkan anda sibuk.

Dari segi quest pula, kedua-dua cerita utama dan misi sampingan menawarkan plot yang agak menarik; vibe yang agak mirip dengan world quest dalam Genshin Impact. Secara ringka, lambakan content untuk diterokai di sini cukup luar biasa.

Pendapat Setakat Ini

Secara keseluruhan, Honor of Kings: World ialah sebuah game yang pasti akan membuatkan peminat tegar berasa teruja, namun dalam masa yang sama, sedikit terkejut. Memang mempesonakan apabila melihat watak-watak kesayangan dihidupkan dalam sebuah dunia yang begitu luas dan sarat dengan grafik menakjubkan.

Namun, kejutan utamanya terletak pada gameplay yang jauh menyimpang dari format asal. Ini bukanlah game yang biasa anda mainkan; ini adalah sebuah game aksi RPG open-world berskala besar. Memahami hakikat ini sebelum mula bermain adalah sangat penting bagi mengelakkan sebarang jangkaan negatif.

Berita paling menggembirakan daripada ujian Alpha ini sudah tentu pendekatan monetizatiob yang sangat mesra pemain.

Keupayaan untuk unlock hero dengan hanya bermain, tiada bayaran bagi upgrade asas, serta sistem gacha yang terhad kepada barangan kosmetik semata-mata, memberi jaminan bahawa pemain F2P (free-to-play) mampu menikmati game ini sepenuhnya tanpa perlu membelanjakan walau satu sen.

Namun, harus diingat bahawa semua yang dikongsikan ini adalah berdasarkan versi Alpha Test. Segala angka statistik, skill hero, content yang tersedia, mahupun kaedah monetization masih tertakluk kepada perubahan sebelum pelancaran rasmi nanti.

Pun begitu, pengalaman awal ini sudah cukup memuaskan dan membuatkan kami tidak sabar menantikan versi penuhnya.

Game ini masih tiada tarikh pelancaran rasmi, tetapi akan dikeluarkan untuk PC, iOS, dan Android. Untuk maklumat lanjut, layari SINI.

Tags: Honor of Kings: Worldpreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Forza Horizon 6 – Demi Elak Pemandu AI “Syaitan”, Ramai Pemain Berpusu-pusu Cari Kawan Baru

Next Post

Game Roguelite ‘Realm of Ink’ Keluar Daripada Early Access, Kini Tersedia Sepenuhnya Di PC & Konsol!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong
Eksklusif

[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong

July 10, 2026
Marvel Rivals – Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow
Berita

Marvel Rivals – Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow

July 10, 2026
Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?
Berita

Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?

July 10, 2026
Next Post
Game Roguelite ‘Realm of Ink’ Keluar Daripada Early Access, Kini Tersedia Sepenuhnya Di PC & Konsol!

Game Roguelite ‘Realm of Ink’ Keluar Daripada Early Access, Kini Tersedia Sepenuhnya Di PC & Konsol!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd