Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game PS eksklusif Stray mendedahkan gameplay seekor kucing comel!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 30, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
Game PS eksklusif Stray mendedahkan gameplay seekor kucing comel!
Share on FacebookShare on Twitter

Memang jaranglah kucing menjadi protagonis dalam permainan video kerana haiwan comel ini selalunya akan menjadi rakan NPC. Harap maklum, perkara ini amat berbeza untuk Stray, yang merupakan permainan eksklusif PlayStation 5 di mana protagonis-nya memang adalah kucing sebenar dengan misi untuk mencari keluarganya yang hilang dalam sebuah bandar cyberpunk. Walaupun tidak banyak didedahkan sebelum ini, sekarang kita akan tahu lebih dengan trailer gameplay baru bagi game PS eksklusif Stray.

Dihasilkan oleh studio indie BlueTwelve, trailer pertama Stray diumumkan pada Jun lalu dan menjelaskan tentang latar belakang permainan yang terdiri dari bandar cyberpunk suram yang dipenuhi dengan robot pelik. Trailer baru kali ini pula lebih memfokuskan pada gameplay Stray, dan menunjukkan apa yang si kucing comel ini boleh buat.

Trailer di atas menunjukkan kebanyakan elemen yang bakal dihadapi oleh pemain semasa melalui bandar misteri tersebut. Dijelaskan oleh salah satu produser BlueTwelve, trailer bermula dengan menjelaskan premis permainan, diikuti oleh beberapa segmen aksi platforming seperti melompat antara platform, mencari jalan unik untuk mencapai kawasan tertentu, menggunakan objek untuk menyelesaikan ‘puzzle’, dan banyak lagi. Dia juga bercakap tentang “bagaimana perspektif unik seekor kucing boleh menghasilkan peluang kreatif baru dalam reka bentuk tahap.” Sebagai contoh, manusia tidak boleh melalui kawasan yang penuh laser atau paip yang kecil, tetapi itu tidak menjadi masalah untuk kucing.

 

Kucing kita akan ditemani oleh dron kecil bernama B-12 yang dapat berinteraksi dengan pelbagai objek di dunia, menterjemahkan bahasa robot, dan menyimpan pelbagai barang. B-12adalah pasangan yang penting dan salah satu “elemen utama” dalam naratif adalah hubungan antara kucing ini dan dron tersebut. Selain menunjukkan perangai kucing comel kita (cakar sofa dan sebagainya), trailer ini juga menunjukkan salah satu ancaman terbesar dalam permainan iaitu “Zurk”. Mereka merupakan sekumpulan makhluk jahat yang ditugaskan untuk menyerang kucing kita jika ia dikesan. Apakah motif mereka? Itu kita masih belum tahu.

 

Itu sahaja yang didedahkan untuk gameplay permainan PS eksklusif Stray. Walaupun tarikh pelancaran ditunda, trailer di atas mengesahkan bahawa permainan akan dilancarkan pada “awal tahun depan.” Saya harap mereka akan memberi tarikh rasmi dalam masa akan datang. Buat masa ini, Stray dijadualkan akan keluar pada awal 2022 untuk PS4 dan PS5.

Sumber – PlayStation

Tags: GameplayKucingplaystationPS4ps5Stray
Previous Post

Acer menjemput netizen untuk “Live Your World” pada Acer Day!

Next Post

Nintendo mendedahkan Gameplay Neon White dengan fungsi Soul Card dan Insight

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Nintendo mendedahkan Gameplay Neon White dengan fungsi Soul Card dan Insight

Nintendo mendedahkan Gameplay Neon White dengan fungsi Soul Card dan Insight

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd