Sambutan tahunan Acer Day kembali pada tahun ini secara maya di 10 rantau. Meskipun berdepan cabaran pandemik yang kini melanda, acara yang menampilkan ganjaran menarik, promosi dan hadiah akan bertema Acer Day ‘Live Your World’ bagi mengajak orang ramai melakukan yang terbaik walaupun apa jua situasi mereka.
Acer Day pertama kali diperkenalkan pada tahun 2017 untuk meraikan pencapaian jenama bersama pelanggan. Tahun ini, Acer membawa perayaan ini secara maya berikutan kebimbangan kesihatan awam semasa pandemik. Sejajar dengan tema ‘Live Your World’, Acer bekerjasama dengan enam penyanyi muda dan bersemangat untuk menghasilkan lagu tema yang istimewa. Mewakili Malaysia ialah Aina Abdul yang menyanyi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Dia disertai oleh lima penyanyi lain iaitu Earth Patravee dari Thailand, Gabriel Prince dari Indonesia, GBOYSWAG dari Taiwan, Sarah Geronimo dari Filipina dan VP BÁ VƯƠNG dari Vietnam.
“Ramai antara kita digalakkan untuk duduk di rumah dan mengurangkan aktiviti sosial. Namun, kami mahu memberitahu semua peminat bahawa duduk di rumah tidak bermakna anda harus bersendirian. Tema Acer Day ‘Live Your World’ tahun ini mengambil inspirasi bahawa kita mampu melakukan yang terbaik untuk meneruskan kehidupan, tidak kira di mana kita berada dan apakah tekanan yang sedang dihadapi. Teknologi telah memecahkan halangan dan membolehkan orang ramai untuk kekal berhubung. Kami percaya muzik adalah medium terbaik yang melangkaui sempadan dan situasi. Oleh itu, kita menjemput artis-artis untuk mencipta lagu istimewa – Live Your World,” menurut Andrew Hou, President Operasi Acer Pan Asia Pasifik.
Acer menyediakan beberapa siri persembahan dan aktiviti yang akan disiarkan secara langsung pada pukul 8.00 malam, (GMT+0800hrs) pada 7 Ogos 2021 sebagai platform untuk semua berhubungan serentak tahun ini. Siaran langsung acara boleh disaksikan oleh semua di Acer Malaysia Facebook.
Cabaran Live Your World With Acer & Promosi Acer Day
Ketika ramai rakyat Malaysia meluangkan masa di rumah tahun ini, mungkin ada yang mempelajari kemahiran baharu seperti menyanyi dan menari; manakala sebahagian lain memulakan gaya hidup sihat dengan mencuba resipi masakan rumah yang sihat atau bersenam dengan lebih kerap. Mungkin ada juga yang menyerlahkan bakat terpendam seperti melukis atau mencuba seni dan kraf, selain aktiviti-aktiviti Do-It-Yourself. Bersempena dengan Acer Day yang bakal tiba, Acer mengajak rakyat Malaysia untuk ‘Live Your World’ dengan menawarkan hadiah bernilai RM10,000 untuk dimenangi dalam cabaran #LiveYourWorldWithAcer.
Bermula 7 Ogos sehingga 30 September, peserta boleh merakam video 30 saat untuk menunjukkan bagaimana mereka boleh menjadi seorang penghibur (Be An Entertainer), untuk memberi inspirasi gaya hidup sihat (Inspire Healthy Lifestyle) atau serlahkan bakat artis yang terpendam (Unleash Your Inner Artist). Hadiah yang boleh dimenangi termasuklah Acer Aspire 5 dan Acer Swift 3, masing-masing bernilai RM3,899 dan RM3,499 untuk pemenang tempat pertama dan kedua, manakala para pemenang setiap dua minggu akan membawa pulang kredit Touch ‘n Go bernilai RM200, Tikar Yoga Acer Day atau T-Shirt Acer Day.
Pada masa yang sama, Acer menyediakan beberapa promosi sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa menyokong jenama itu melalui Acer Day X Shopee Superbrand Day pada 3 dan 4 Ogos 2021. Promosi termasuklah:
- Potongan sehingga 60% atau RM500 untuk pelbagai produk Acer.
- Baucar kedai sehingga RM200 tersedia untuk dikumpul dan digunakan oleh pelanggan semasa pembayaran.
- 10 pembeli tertinggi dari kedai terpilih yang disahkan Acer (jadual 1) dapat membawa pulang Kerusi Gaming Predator berharga RM1,299.
- 100 unit Kerusi Gaming dengan harga istimewa RM359 akan tersedia sebaik sahaja Stor Rasmi Acer Malaysia di Shopee mencecah 30,000 pengikut.
- Pemegang kad kredit Standard Chartered Bank and HSBC Bank dapat mengumpul baucar sehingga RM300 semasa membuat pembayaran.
Bermula 1 Ogos sehingga 31 September 2021, pelanggan layak untuk menebus hadiah seperti Tikar Yoga Acer, Mousepad Predator, Gateway Pro Wireless Headset atau baucar eWallet bernilai sehingga RM250. Selain itu, para pelanggan mempunyai peluang membawa pulang produk-produk Acer bernilai RM10,000. Untuk setiap pembelian produk-produk terpilih semasa tempoh kempen, Acer akan mendermakan sehingga RM50 kepada World Vision.
Pelanggan boleh mendapatkan maklumat mengenai model terpilih tersebut atau melengkapkan borang penebusan menerusi laman web mereka. .
Tempoh Promosi | Acer Stores di Shopee |
3 – 4 August 2021
|
Acer Official Store |
Acer Certified Store – Just IT | |
Acer Certified Store – NBP | |
@gamersantaimy
Discussion about this post