Sony hari ini telah mendedahkan game PS Plus percuma untuk Februari 2022 . Kali ini, kita akan mendapat akses kepada EA Sports UFC 4 (PS4), Tiny Tina’s Assault on Dragon Keep: A Wonderlands One-shot Adventure, Dragon’s Crown Pro dan Planet Coaster: Console Edition (PS5). Walaupun Planet Coaster tersedia untuk kedua-dua sistem, hanya versi PS5 sahaja yang percuma. Ketiga-tiga game ini akan akan tersedia secara percuma pada 1 Februari 2022 dan boleh dituntut sehingga 28 Februari 2022.
Jom kita lihat secara lebih khusus setiap game:
EA Sports UFC 4 adalah game MMA terbaru oleh EA. Selain daripada menyediakan lebih daripada 200 fighter sebenar, kita ada keupayaan untuk mencipta watak sendiri. Untuk mereka yang nak bermain solo, korang boleh cuba mode Career dan mencipta kerjaya sendiri atau bermain dengan kawan-kawan dalam mode multiplayer. Asalnya dikeluarkan pada Ogos 2020 dan biasanya berharga RM249.00.
Planet Coaster: Console Edition pula membolehkan kita membuat mencipta taman tema sendiri penuh dengan jumlah roller coaster yang tak terhingga. Korang boleh mengharungi senario yang ditetapkan untuk mengalami cabaran menjadi pengurus atau membina taman tema impian tanpa had. Terdapat juga “Frontier Workshop” untuk mencipta mesin sendiri. Dilancarkan pada November 2020, ia selalunya berharga RM209.00.
Tiny Tina’s Assault on Dragon Keep: A Wonderlands One-Shot Adventure adalah “re-release” bagi pek DLC Tiny Tina’s Assault on Dragon Keep yang asalnya dikeluarkan untuk Borderlands 2. Nasib baiklah kita tidak perlu base game Borderlands 2 untuk mencuba Tiny Tina’s Assault on Dragon Keep. Kalau korang suka game shooter dan francais Borderlands secara keseluruhan, jangan lupa cuba game ini. Game ini asalnya keluar pada November 2021 dan biasanya berharga RM39.00.
Dragon’s Crown Pro adalah “remastered port” untuk Dragon’s Crown, sebuah game 2D side-scrolling ARPG di mana pemain mengambil peranan sebagai hero yang harus meneroka penjara bawah tanah di kerajaan Hydeland.[ PS4. Menampilkan peningkatan untuk model PS4, sprite resolusi tinggi untuk menyokong resolusi 4K, dan semua DLC. Dikeluarkan pada 15 Mei 2018, ia selalunya berharga RM173.00.
Sebelum PS Plus Februari 2022 tiba, lebih baik korang claim dahulu game percuma PlayStation Plus untuk Januari 2022. Tawaran ini akan tamat pada 31 Januari 2022 di mana korang boleh mendapatkan Deep Rock Galactic (PS4, PS5), Dirt 5 (PS4, PS5) dan Persona 5 Strikers (PS4).
Sumber – PS Blog
@gamersantaimy
Discussion about this post