Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Peminat anime One Punch Man meminta studio lain untuk hasilkan musim ketiga!

Maira by Maira
January 26, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Peminat anime One Punch Man meminta studio lain untuk hasilkan musim ketiga!
Share on FacebookShare on Twitter

One Punch Man merupakan salah satu siri anime terbaik semasa musim pertama ditayangkan dan peminat menaruh harapan tinggi untuk musim kedua siri anime tersebut. Apabila musim kedua anime yang ditunggu-tunggu itu ditayangkan, hasilnya bukanlah apa yang dihajatkan oleh peminat. Disebabkan itulah kebanyakan peminat meninggalkan siri tersebut dan ianya menyepi untuk seketika. Sehinggalah seseorang memulakan perbincangan mengenai musim ketiga.

One Punch Man anime

Melalui subreddit One Punch Man, Ferdz0, bertanya jika siri One Punch Man bertuah untuk mendapatkan musim ketiga atau keempat, studio manakah yang mereka harapkan untuk menghasilkannya. Ramai yang meninggalkan komen serta meluahkan bahawa musim kedua sepatutnya mendapat adaptasi yang hebat. Rata-rata bersetuju bahawa Studio Bones layak untuk menghasilkan musim seterusnya untuk siri oleh ONE dan Murata.

Studio Bones merupakan studio yang menghasilkan anime Mob Psycho 100 yang juga karya ONE. Ia mengadaptasi siri tersebut dengan sangat baik dan kreativiti hebat untuk animasi tersebut. Tidak dilupakan juga aksi pertempuran dalam Mob Psycho. Memang tidak peliklah mengapa ramai yang teruja apabila siri itu mendapat musim ketiga.

Jika anda ingin tahu, perbezaan musim pertama dan kedua One Punch Man berlaku kerana ianya dihasilkan oleh dua studio yang berbeza. Musim pertama telah dihasilkan oleh Madhouse, yang juga menganimasikan siri hebat seperti No Game No Life, Parasyte, Death Note dan banyak lagi. Manakala JC Staff pula yang menghasilkan musim kedua One Punch Man. Ia sangat mengecewakan tidak kiralah dari penulisannya mahupun animasinya yang tidak memberikan impak yang sama seperti MadHouse.

Apa pula pendapat anda? Studio mana yang anda rasa layak untuk mengadaptasi siri ini untuk musim ketiga anime One Punch Man selain MadHouse? Boleh kongsikan kepada kami di ruang komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime, sila klik pautan ini.

Sumber: Reddit

Previous Post

Crytek mengesahkan Crysis 4, satu dekad selepas Crysis 3

Next Post

Game percuma PS Plus Februari 2022 termasuk UFC 4, Tiny Tina, Dragon’s Crown Pro & Planet Coaster!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Game percuma PS Plus Februari 2022 termasuk UFC 4, Tiny Tina, Dragon’s Crown Pro & Planet Coaster!

Game percuma PS Plus Februari 2022 termasuk UFC 4, Tiny Tina, Dragon's Crown Pro & Planet Coaster!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd