Bulan yang baru dimulakan dengan hari yang baru dan ceria walaupun masih dalam keadaan PKPB (Perintah Kawalan Pengerakan Bersyarat) kerana banyak Game Percuma dah ada dalam senarai yang kami akan sediakan dibawah telah bermula dan akan bermula sejak bulan lalu serta ada yang akan berkahir minggu ini untuk anda memuat turunnya! Serta permainan yang akan kami searaikan hari ini bukannya biasa-biasa, sememangnya anda tidak patut ketinggalan satu pun untuk menjadi koleksi anda!
Game Free – PlayStation 4 (Pelanggan PS Plus)
Call of Duty: WWII (Game Percuma PS+Jun )
- Genre: First Person Shooter
Call of Duty kembali dalam peperangan dunia kedua dengan penuh aksi dalam generasi tersebut. Anda boleh berperang di sekitar Eropah dengan kawasan sejarah yang ikonik didalamnya! Menampilkan visual yang menakjubkan, Campaign membawa pemain ke teater Eropah. Multiplayer menandakan kembali ke permainan Call of Duty yang asli dan boots-on-the-ground. Senjata autentik dan aksi run-and-gunt radisional membenamkan anda dalam pelbagai lokasi bertema Perang Dunia II. Call of Duty: WWII Nazi Zombies adalah mod co-op yang asli dan menakutkan yang melancarkan kisah seram baru yang menakutkan untuk peminat zombie Call of Duty. Jadi jangan lupa untuk muat turun di PlayStation Store sekarang!
Farming Simulator 19 (Game Percuma PS+Mei – Berakhir 2 Jun ini)
- Genre: Simulator
Selagi masa masih ada! Farming Simulator 19 akan percuma pada pelanggan PS+ sehingga esok (2 Jun)! Farmin Simulator adalah sebuah permainan simulasi yang sangat seronok menampilkan perkerjaan dari segi pertanian dengan memberi enjin grafik yang hebat serta pelbagai misi menarik untuk diselesaikan. Jadi jangan lupa dapatkannya di PS Store sebelum terlewat!
Star Wars Battlefront II (Game Percuma PS+Jun ) (TBA)
- Genre: Action Shooter
Telah pun disenaraikan sebagai permainan percuma PS+ untuk bulan ini cuma masih belum diberitahu bila ianya bermula, Star Wars Battlefront II adalah permainan video aksi penembak berdasarkan francais filem Star Wars. Ini adalah ansuran utama keempat dari siri Star Wars: Battlefront dan ketujuh keseluruhan, dan sekuel reboot siri 2015. Jadi perhatikan PS Store anda untuk memuat turunnya bila-bila masa bulan ini!
Game Free – PC – EPIC Games Store
Borderlands: The Handsome Collection (Berakhir 4 Jun)
- Genre: First Person Shooter
Kami telah mengongsikannya minggu lalu dan siapa sangka ianya benar! Pada peminat siri Borderlands, inilah peluang anda untuk mendapatkan permainan BORDERLANDS: THE HANDSOME COLLECTION secara percuma dan muat turun ke dalam library anda! Jom berperang di Pandora dan dapatkannya sebelum terlambat di Epic Games Store sekarang!
SLUDGE LIFE (Berakhir 28 Mei 2021)
- Genre: vandalism-centric stroll
Pada korang yang suka buat vandalism kat tepi jalan tu dah boleh berhenti buat benda terkutuk itu kerana korang boleh lepaskan geram dalam permainan Sludge Life yang juga percuma untuk dimuat turun di Epic Games Store ini. Permainan agak klasik tapi menyeronokkan, jadi apa lagi jom muat turun!
Game Free – PC – Steam
Showdown Bandits (Berakhir 2 Jun)
- Genre: Action, Horror
Sebuah lagi permainan percuma untuk didapati dalam waktu terhad! Showdon Bandits merupakan sebuah permainan peranan menjadi Puppet stealth-action-horror di mana satu-satunya harapan anda untuk bertahan dalam 3 peraturan rancangan ini: Mainkan peranan anda. Jaga tali anda. Dan jangan lihat atas! Dapatkannya di Steam sebelum terlambat!
@gamersantaimy
Discussion about this post