Okay gais, kali ini, game percuma dari Humble Bundle dan diorang nak bagi game Hackernet-Deluxe!!!! Humble Bundle sangat berbaik hati sebab asyik bagi free game je kan? Selain itu, banyak sale yang diaorang buat untuk mereka yang menggunakan Steam sebagai platform untuk membeli game di PC. Tapi, kalau korang subscribe kepada Humble Bundle, korang boleh dapat banyak game dengan harga MYR 50 sebulan.
Untuk Hacknet-Deluxe, korang akan dapat game dan juga OST game Hacknet ni sekali. Hacknet merupakan game hacking simulator yang mendalam. Korang meneruskan kerja seorang Hacker yang dah mati, tetapi tidak tahu disebabkan oleh apa. Korang akan dapat rasakan diri korang sebagai hacker yang sebenar kerana ianya base kepada UNIX command. Selain daripada itu, misi korang untuk mendedahkan misteri Bit.
Jadi, korang rasa macam nak jadi hacker? Cepat, claim game ni, dan pertahankan Hacknet-OS dari jatuh ke tangan yang akan menggunakan ke jalan yang salah. Bagi aku, game ni menarik! Korang boleh main untuk menguji keberkesanan pemikiran korang sambil tu kepantasan tindakan korang.
@gamersantaimy
Discussion about this post