Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game mobile MMO popular China dituduh meniru treler Final Fantasy 14!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 4, 2021
in Artikel, Berita
0 0
0
Game mobile MMO popular China dituduh meniru treler Final Fantasy 14!
Share on FacebookShare on Twitter

Diperhatikan oleh netizen dalam internet, nampaknya sebuah treler untuk game MMO popular bernama Doula Continent: Soul Master Duel dari China mempunyai banyak persamaan dengan salah satu treler promosi Final Fantasy 14. Selepas kes ini menjadi viral, ramai yang menuduh game MMO China itu meniru Final Fantasy 14 di mana segala-galanya termasuk sudut kamera dan pergerakan watak memang hampir sama dan ia sangat jelas bahawa mereka telah mengambil “inspirasi” dari Square Enix.

Supaya kalian faham apa yang saya maksudkan, sila tonton video di bawah:

Video ini sebenarnya diperhatikan oleh pakar analisis terkenal dalam industri gaming, Daniel Ahmad, yang memuat naik video itu di halaman Twitter-nya. Disusun sebelah-sebelah, kita boleh melihat kedua-dua treler dimainkan secara serentak, dan tidak dapat dinafikan bahawa game China Doula Continent memang meniru Final Fantasy 14. Seperti yang anda lihat, pergerakan, nada, dan naratif semuanya sama dan tiada satu pun yang berbeza selain daripada model watak dan persekitaran.

Watak utama akan melawan seorang musuh bersayap yang sedang terbang di udara. Kemudian, mereka akan bertarung tetapi senjata milik watak utama akan pecah lalu dia terjatuh ke tanah. Seperti mana-mana hero, watak utama tidak akan mengalah dan bangkit semula untuk sambung pertarungan. Bukan naratif dan aksi sahaja yang sama untuk kedua-dua treler, malah posis setiap dan sudut kamera pun ditiru. Terang menyala, pihak animasi tidak ingin mencipta idea sendiri, sebaliknya menggunakan sumber idea untuk memudahkan kerja.

Info ekstra: Treler Final Fantasy 14 adalah untuk mempromosikan pek expansion Shadowbringers dan dimuat naik ke Youtube pada dua tahun lepas. Treler Doula Continent: Soul Master Duel pula baru mula muncul di YouTube pada awal tahun ini.

Masih tidak diketahui jika Square Enix sedar akan persamaan ini. Andai kata pihak Square Enix tahu, saya pun tidak tahu jika mereka berminat untuk mengejar kes mahkamah. Kita hanya boleh tunggu berita rasmi dari pihak bertanggungjawab.

Untuk segala liputan kami tentang Final Fantasy termasuk game battle royale terbaru Final Fantasy VII The First Soldier, sila tekan pautan ini.

Sumber – Wanuxi

Tags: chinaDoula ContinentFinal Fantasy 14square enixTreler
Previous Post

Pengarah anime Edens Zero meninggal dunia, anime masih diteruskan

Next Post

Nak phone bajet untuk gaming? Ini senarai phone bajet bawah RM 900 untuk anda!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Nak phone bajet untuk gaming? Ini senarai phone bajet bawah RM 900 untuk anda!

Nak phone bajet untuk gaming? Ini senarai phone bajet bawah RM 900 untuk anda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd