Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game MOBA pertama MARVEL, MARVEL Super War dilancarkan secara rasmi untuk iOS & Android!

Main sebagai Spider-Man & Captain America di medan perang mobile terbaru ini sekarang.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 19, 2019
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Game MOBA pertama MARVEL, MARVEL Super War dilancarkan secara rasmi untuk iOS & Android!
Share on FacebookShare on Twitter

NetEase Games dan Marvel Entertainment hari ini mengumumkan pelancaran MOBA pertama mereka untuk telefon pintar bernama MARVEL Super War yang tersedia untuk peranti iOS dan Android di Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia dan India. Pemain yang menanti-nantikan game ini boleh MUAT TURUN sekarang dari kedua-dua App Store dan Google Play Store.

 

1 of 4
- +

Di MARVEL Super War, pemain boleh bermain sebagai Super Hero atau Super Villain kegemaran mereka dari Marvel Universe. Sejak diumumkan pada 20 Mei tahun ini, MARVEL Super War telah menjalankan dua ujian beta, dan menerima maklum balas yang luar biasa daripada gamers-gamers sekalian. Antara Super Hero terkenal yang boleh dicuba sebelum ini termasuk Thor, Hawkeye, Scarlet Witch, Black Widow dan The Hulk.

Watak baru yang membuat debut rasmi hari ini pula ialah Captain America dan Spider-Man! Bertarung menggunakan perisai bintang terkenal Captain America atau tangkap musuh memakai sawang Spider-Man di medan perang MARVEL Super War! Mari kita tonton gameplay pendek mereka di bawah:

Mode permainan baru juga disediakan! Pemain boleh menikmati pertempuran mendebarkan di mode “Free-for-All,” atau berusaha untuk mengumpul Vibranium paling banyak di “Battle for Vibranium.” Lebih banyak kejutan menantikan anda, dan semuanya bergantung kepada pemain untuk menemuinya! Adakah anda bersedia untuk berperang di MARVEL Super War?

 

1 of 3
- +

Untuk maklumat penuh, sila layari laman web rasmi MARVEL Super War atau halaman Facebook mereka bagi berita terkini.

Muat turun di sini!
MARVEL Super War
Publisher: NetEase Games
Release Date: 2019-12-19
Android
MARVEL Super War mempunyai Super Heroes dari semua francais Marvel! Bermain sebagai watak kegemaran anda atau pilih dari pemain hebat Heroes and Villains, masing-masing dengan gaya dan kemahiran yang unik dan bergabung dengan pergaduhan semua bintang utama dalam perlawanan MOBA!
Tags: AndroidiOSMarvelMARVEL SUPER WARMOBAnetease
Previous Post

Siap sedia jadi hero FORTNITE! FORTNITE X UT UNIQLO akan dijual di Malaysia bermula 20 Disember ini!!

Next Post

Siapa kata Digimon tak boleh masuk dalam dunia Pokémon? Haa ada ni dalam Pokémon Sword and Shield!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Siapa kata Digimon tak boleh masuk dalam dunia Pokémon? Haa ada ni dalam Pokémon Sword and Shield!

Siapa kata Digimon tak boleh masuk dalam dunia Pokémon? Haa ada ni dalam Pokémon Sword and Shield!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd