Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Indie Fairy Tail Diumumkan – ‘Fairy Tail: Dungeons’ & ‘Fairy Tail: Beach Volleyball Havoc’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 6, 2024
in Anime, Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
Game Indie Fairy Tail Diumumkan – ‘Fairy Tail: Dungeons’ & ‘Fairy Tail: Beach Volleyball Havoc’
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Kodansha Creators’ Lab telah mengumumkan projek baharu bertajuk “Fairy Tail Indie Game Guild“, yang merangkumi pelbagai game Fairy Tail buatan studio indie.

Semua game akan dikeluarkan di PC melalui Steam, dan setakat ini tiga game sahaja yang diumumkan – Fairy Tail: Dungeons akan dilancarkan pada 26 Ogos; Fairy Tail: Beach Volleyball Havoc akan dilancarkan pada 16 September; diikuti oleh Fairy Tail: Birth of Magic yang akan menyusul kemudian.

Fairy Tail: Dungeons

Pada suatu hari, Natsu dan Happy terjumpa pintu misteri yang tiba-tiba muncul di bawah guild mereka. Di dalam, mereka menemui dungeon aneh yang melemahkan semua orang yang menceroboh masuk. Tanpa cara untuk mempertahankan diri, kedua-duanya diselamatkan oleh seekor Exceed bernama Labi. Sebaik sahaja mendapat tahu rakan Labi telah hilang, Natsu dan Happy memutuskan meneroka dungeon ini untuk menyelamatkannya.

Secara am, ini ialah roguelite RPG berfokuskan kad. Kita boleh memilih antara 5 watak termasuk Natsu, Lucy, Grey, Erza dan Wendy, masing-masing dengan abiliti istimewa sendiri. Kumpul kad ajaib untuk membina dek dan kalahkan raksasa hingga sampai ke bahagian dungeon paling dalam.

Kredit: Steam

Pemain mempunyai jumlah giliran yang terhad untuk meneroka, jadi susun strategi ketika memilih laluan mereka. Serang, bertahan dan gunakan magic daripada dek anda. Dapatkan kad baharu untuk menguatkan lagi dek dan manfaatkan ganjaran dan harta karun yang diperoleh daripada pertempuran.

Kredit: Steam

Bukan itu sahaja, bos terakhir ialah watak original yang dicipta khas oleh Hiro Mashima – pencipta Fairy Tail! Tidak lama lagi, pemain yang berminat boleh mencuba demo Fairy Tail: Dungeons yang terdiri daripada fasa awal permainan.

Fairy Tail: Beach Volleyball Havoc

Kejohanan bola tampar pantai tahunan Kingdom of Fiore sedang berlangsung. Tetapi apabila mage dari seluruh Ishgar muncul, keadaan menjadi hangat dan seluruh kejohanan menjadi huru-hara…

Seperti namanya, ini ialah game bola tampar pantai yang kompetitif yang menampilkan watak daripada siri Fairy Tail. Ambil bahagian dalam perlawanan 2v2 yang mendebarkan serta gunakan 100 jenis magic berbeza untuk mengatasi pihak lawan. Menangi perlawanan untuk membuka watak baharu dan seni eksklusif.

Kredit: Steam

Watak-watak dari Fairy Tail, Sabertooth, Lamia Scale, Blue Pegasus, dan guild di seluruh benua telah berkumpul, tetapi anda hanya boleh piilih dua daripada 32 watak untuk membentuk pasukan bola tampar pantai sendiri.

Bukan itu sahaja, pemain boleh menggunakan controller untuk bermain secara lokal sehingga empat pemain atau gunakan ciri Steam’s Remote Play Together untuk bermain bersama secara online.

Kredit: Steam

Pada masa yang sama, game ini turut akan mengadakan pertandingan seni di mana pemenang boleh menampilkan karya seni mereka dalam game.

Fairy Tail: Birth of Magic

Akhir sekali ialah Fairy Tail: Birth of Magic (tajuk sementara), sebuah magic fighting game dengan konsep “mencipta” pertarungan magic yang unik dan original. Game ini sedang dalam pembangunan aktif, dan butiran lanjut akan diumumkan pada kemudian hari.

Tags: Fairy TailFairy Tail: Beach Volleyball HavocFairy Tail: Dungeons
ShareTweetSend
Previous Post

Type-Moon Umum ‘Fate/stay night REMASTERED’, ‘Fate/hollow ataraxia REMASTERED’ & ‘Fate/EXTRA Record’

Next Post

Santa Monica Studio Sedang Fokus IP Baharu Selain God of War Sah

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Santa Monica Studio Sedang Fokus IP Baharu Selain God of War Sah

Santa Monica Studio Sedang Fokus IP Baharu Selain God of War Sah

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd