Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Type-Moon Umum ‘Fate/stay night REMASTERED’, ‘Fate/hollow ataraxia REMASTERED’ & ‘Fate/EXTRA Record’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 6, 2024
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Remake, Remastered, RPG, Steam
0 0
0
Type-Moon Umum ‘Fate/stay night REMASTERED’, ‘Fate/hollow ataraxia REMASTERED’ & ‘Fate/EXTRA Record’
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Type-Moon mengumumkan tiga projek game baharu untuk francais Fate yang termasuk ‘Fate/stay night REMASTERED‘, ‘Fate/hollow ataraxia REMASTERED‘ & ‘Fate/EXTRA Record‘.

Berikut adalah butiran lengkap termasuk trailer rasmi:

Fate/stay night REMASTERED

Fate/stay night REMASTERED akan dilancarkan secara digital untuk Switch dan PC melalui Steam pada 8 Ogos. Dikeluarkan sempena ulang tahun ke-20 siri, game ini merupakan versi remastered untuk Fate/stay night, sebuah game drama aksi fantasi novel visual yang dikeluarkan pada tahun 2004.

Versi remaster ini adalah berdasarkan Fate/stay night Realta Nua yang dikeluarkan untuk PS Vita pada 2012, dan menampilkan grafik dan animasi definisi tinggi. Alami kisah Shirou Emiya, seorang remaja lelaki yang mempunyai impian untuk menjadi Hero of Justice, dan pertempurannya yang melibatkan Holy Grail, sebuah artifak maha berkuasa yang mampu memenuhi apa-apa hajat.

Fate/hollow ataraxia REMASTERED

Type-Moon turut mengumumkan Fate/hollow ataraxia REMASTERED, game versi remastered Fate/hollow ataraxia untuk Switch dan PC (Steam). Malangnya, tarikh keluaran tidak diumumkan. Fate/hollow ataraxia ialah game visual novel yang asalnya dikeluarkan untuk PC pada 2005 dan merupakan sekuel kepada Fate/stay night.

Plot Fate/hollow ataraxia berlangsung kira-kira 8 bulan selepas Fate/stay night. Bazett Fraga McRemitz, ahli Mages’ Association dan seorang Master dalam Fifth Holy Grail War bangun pada hari keempat Fifth Holy Grail War dengan seorang Servant baru bernama Avenger, dan tidak ingat apa yang berlaku. Dia dan Avenger kemudian memulakan perjalanan untuk memenangi Holy Grail War.

Fate/EXTRA Record

Fate/EXTRA Record akan dilancarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Switch dan PC (Steam) pada tahun 2025. Ini ialah remake kepada Fate/EXTRA, game RPG pertama dalam siri Fate yang mula-mula dikeluarkan pada 2010, tetapi kini diubah suai untuk platform moden dengan senario yang diluaskan, grafik watak yang diperbaharui dan pertempuran arahan yang menggunakan sistem pembinaan dek strategik.

Premis ialah dunia maya Spiritron bernama “SE.RA.PH.” yang dibina di atas bulan. Master dan Servant bekerjasama dan berjuang untuk mengejar “Holy Grail”, peranti maha berkuasa yang mampu menunaikan apa-apa jahat, dalam Moon Holy Grail War yang bermula sekali lagi…

Tags: Fate/EXTRA RecordFate/hollow ataraxia REMASTEREDFate/stay night REMASTERED
ShareTweetSend
Previous Post

Crayon Shin-Chan Experience Akan Datang Ke KL!

Next Post

Game Indie Fairy Tail Diumumkan – ‘Fairy Tail: Dungeons’ & ‘Fairy Tail: Beach Volleyball Havoc’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Game Indie Fairy Tail Diumumkan – ‘Fairy Tail: Dungeons’ & ‘Fairy Tail: Beach Volleyball Havoc’

Game Indie Fairy Tail Diumumkan - 'Fairy Tail: Dungeons' & 'Fairy Tail: Beach Volleyball Havoc'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd