Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Santa Monica Studio Sedang Fokus IP Baharu Selain God of War Sah

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 6, 2024
in Artikel, Berita, Khabar angin
0 0
0
Santa Monica Studio Sedang Fokus IP Baharu Selain God of War Sah
Share on FacebookShare on Twitter

Santa Monica Studio, pembangun di sebalik God of War Ragnarok dan siri God of War, nampaknya sedang dalam proses mencipta IP baharu.

Kredit: Santa Monica Studio

Sebelum God of War Ragnarok dikeluarkan lagi, pengarah kreatif Cory Barlog memberikan klu tentang projek baharu yang sedang diusahakan olehnya di Santa Monica Studio. Malangnya, PlayStation tidak mendedahkan apa yang sedang dibuat oleh Santa Monica Studio, tetapi sekurang-kurangnya sekarang kita tahu Santa Monica akan beralih fokus daripada francais God of War.

Kredit: LinkedIn

Menurut profil LinkedIn Glauco Longhi, Santa Monica Studio sedang giat mencipta hartanah baharu. Dalam ringkasan profilnya, Longhi menjelaskan bahawa Santa Monica Studio memintanya untuk kembali ke syarikat itu lebih awal pada 2024 selepas meninggalkan studio tersebut pada 2019. Kini, dia berkhidmat sebagai “Character Supervisor” untuk projek yang tidak dinamakan, tetapi dia mengesahkan bahawa projek ini berkaitan dengan IP yang sepenuhnya baru.

“Santa Monica Studios memberikan peluang untuk kembali sebagai Character Supervisor, menjaga keseluruhan saluran Character Development, pada IP baharu mereka, jadi di sini saya, teruja untuk kembali, bekerja semula dengan kru dan mendorong watak dalam permainan video bersama-sama.”

Jika Santa Monica Studio sememangnya mencipta IP baharu, ia menandakan perubahan drastik untuk studio itu. Sejak pengeluaran God of War original pada tahun 2005, mereka hanya memfokuskan pada siri God of War sahaja. Malah, itu merupakan satu-satunya francais game yang mereka usahakan.

Sebelum ini, kami mendengar khabar angin bahawa Santa Monica Studio sedang mengusahakan projek baharu dalam genre sci-fi, yang dibocorkan tanpa sengaja oleh Alanah Pearce, salah seorang penulis di studio tersebut semasa podcast. Jika itu benar atau tidak, kami masih tidak tahu.

Tags: Santa Monica Studio
ShareTweetSend
Previous Post

Game Indie Fairy Tail Diumumkan – ‘Fairy Tail: Dungeons’ & ‘Fairy Tail: Beach Volleyball Havoc’

Next Post

Shin chan: Shiro and the Coal Town Akan Datang Ke Switch & PC pada Oktober 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Shin chan: Shiro and the Coal Town Akan Datang Ke Switch & PC pada Oktober 2024!

Shin chan: Shiro and the Coal Town Akan Datang Ke Switch & PC pada Oktober 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd