Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Fighting Hunter x Hunter: Nen x Impact Diumumkan, Teaser Pertama Didedahkan!

Maira by Maira
January 8, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fighting, Game
0 0
0
Game Fighting Hunter x Hunter: Nen x Impact Diumumkan, Teaser Pertama Didedahkan!

Sumber: Bushiroad Games

Share on FacebookShare on Twitter

Sejak didedahkan secara mengejut semasa Jump Festa 2024, berita lanjut mengenai game fighting Hunter x Hunter telah pun didedahkan oleh Bushiroad Games pada hujung minggu yang lalu. Game tersebut akhirnya mempunyai nama rasmi iaitu “Hunter x Hunter: Nen x Impact” dan akan dibangunkan oleh Eighting, studio sama yang menghasilkan DNF Duel.

Teaser pendek turut dilepaskan bersama-sama pengumuman tersebut. Dalam teaser tersebut, kita didedahkan dengan beberapa watak yang boleh dimainkan nanti iaitu Gon, Killua, Kurapika, Leorio, Hisoka dan Netero. Ada kemungkinan besar game ini merupakan game fighting 3v3 memandangkan Killua mencadangkan mereka mengadakan pertarungan berkumpulan.

Sumber: Bushiroad Games

Buat masa ini, platform serta tarikh pelancaran rasmi Hunter x Hunter: Nen x Impact masih belum didedahkan. Nampaknya kita kenalah tunggu pengumuman lanjut mengenainya pada masa akan datang.

Tentang Hunter x Hunter

Togashi melancarkan manga Hunter X Hunter dalam majalah Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha pada tahun 1998. Manga itu kemudian diadaptasikan kepada dua siri anime televisyen, dua filem anime, beberapa OVA dan beberapa drama pentas. Berikut adalah sinopsis siri:

Sumber: Shueisha

Hunter X Hunter mengisahkan tentang Gon Freecss, seorang budak lelaki yang belajar bahawa bapanya yang hilang rupanya adalah ahli organisasi yang dikenali sebagai Hunter Association. Organisasi ini mengambil individu berbakat dan menugaskan mereka untuk menyelesaikan pelbagai misi, termasuk memburu binatang mitologi, mencari harta karun, meneroka kawasan dunia yang belum dipetakan, dan menjejaki penjenayah yang dikehendaki.

Apabila Gon dapat tahu bahawa bapanya mungkin masih hidup, dia mendedikasikan dirinya untuk menjadi seorang Hunter dan menjejakinya.

Untuk segala liputan kami tentang Hunter x Hunter, sila tekan pautan ini.

Tags: Bushiroad GamesHunter X HunterHunter x Hunter: Nen x Impact
ShareTweetSend
Previous Post

Acer Swift X 14 Hadir dengan ciri AI-ready Untuk Semua Pencipta Kandungan, Dilengkapi Intel Ultra Core!

Next Post

Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation Quest of Memories Didedahkan! Bakal Lancar Pertengahan Tahun 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation Quest of Memories Didedahkan! Bakal Lancar Pertengahan Tahun 2024!

Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation Quest of Memories Didedahkan! Bakal Lancar Pertengahan Tahun 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd