Selepas siri anime mendapat sambutan hangat, Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation bakal hadir dengan game konsol! Game konsol Dungeon RPG tersebut bertajuk “Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation — Quest of Memories” akan dilancarkan di PS5, PS4, Nintendo Switch dan PC melalui Steam pada pertengahan tahun 2024.
Game itu dibangunkan oleh Lancarse dan diterbitkan oleh Bushiroad Games. Trailer rasmi juga sudah didedahkan. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.
Dalam Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation — Quest of Memories, anda akan mengikuti semula penceritaan daripada siri anime. Walaupun begitu, ia akan hadir dengan babak original yang tidak pernah ditayangkan dalam anime! Penceritaan akan diceritakan melalui gaya visual novel. Alami pengembaraan epik ini bersama-sama Rudeus, Eris dan Ruijerd sambil mereka menyelesaikan pelbagai misi.
Untuk menyelesaikan quest dan maju ke bandar yang lain, pemain perlu merentasi pelbagai kawasan. Anda akan berjumpa dengan pelbagai jenis raksasa semasa dalam perjalanan. Kalahkan mereka dengan kuasa magic dan kebolehan pedang watak dalam pertempuran turn-based ini!
Sebagai tambahan, kisah Roxy dan rakan-rakannya, Elinalise dan Talhand juga didedahkan! Ikuti pengembaraan mereka dalam mencari Rudeus dalam game ini!
Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post