Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game FIFA akan mengubah nama ke EA Sports FC, menurut khabar angin

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 28, 2022
in Artikel, Berita, Sukan/lumba
0 0
0
Game FIFA akan mengubah nama ke EA Sports FC, menurut khabar angin
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak kebelakangan, siri game FIFA telah menerima perhatian selepas laporan mendedahkan EA ingin melebarkan sayap dan enggan menggunakan perkhidmatan pelesanan rasmi. Memandangkan EA tidak memerlukan FIFA, mereka terpaksa menukar nama dan nampaknya mereka telah setuju untuk menggunakan tajuk EA Sports FC.

Penganalaisis industri Jeff Grubb mendakwa bahawa “daripada membayar berbilion-bilion dolar untuk hak pelesenan, EA hanya akan menjenamakan semula siri ini kepada EA Sports Football Club aka EA Sports FC.

Grubb juga memberitahu bahawa organisasi FIFA telah memperbaharui tanda dagangan termasuk permainan video. Ini menunjukkan bahawa siri game FIFA akan diteruskan dengan nama sama, tetapi diuruskan oleh pasukan pembangunan baru.

“Mereka [FIFA] akan menentang EA Sports Football Club yang kini menjadi nama – EA Sports FC. Itulah nama yang dibocorkan baru-baru ini. Saya sudah melihat cop dagangan untuk nama itu. Ia mungkin hanya fitur, seperti ciri dalam talian baru – jadi hati-hati.

Saya bertanya dan itulah namanya. Sekurang-kurangnya itulah nama yang dirancang buat masa sekarang.”

Bagi mereka yang tertanya game bola apa yang akan dikeluarkan selepas ini, sebuah laporan pada bulan lepas oleh VGC mendakwa bahawa FIFA 23 masih dalam pembikinan, tetapi setiap game yang dikeluarkan selepas itu akan diubah sepenuhnya mengikut pihak produksi.

VGC juga mendakwa bahawa EA mahu melepaskan diri dari jenama FIFA supaya developer boleh bekerja pada lebih banyak mode eksperimental, sedangkan organisasi FIFA mendesak studio untuk kekal pada gameplay tradisional 11V11 sahaja.

Laporan ini tiada bukti, tetapi masih boleh menjadi alasan yang munasabah mengapa EA ingin berpisah dengan FIFA.

Adakah perubahan nama akan mempengaruhi populariti game terbaru EA? Kemungkinan ya… Walaupun ramai kata gameplay adalah bahan penting untuk mencipta game yang sukses, tetapi jenama FIFA terlalu besar. Satu dunia kenal jenama ini dan agak susah untuk bayangkan game bola lain walaupun ia dibuat oleh developer terkenal.

Jika korang ada pendapat, jangan segan silu untuk berkongsi di ruang komen! Untuk membaca segala liputan kami tentang FIFA, sila tekan pautan ini.

Tags: bola sepakEA Sports FCfifa
Previous Post

Rockstar umumkan langganan eksklusif GTA+, netizen terus mengamuk

Next Post

ANIME FEST – Acara ala-ala COMIC FIESTA mini akan datang MEI ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
ANIME FEST – Acara ala-ala COMIC FIESTA mini akan datang MEI ini!

ANIME FEST - Acara ala-ala COMIC FIESTA mini akan datang MEI ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd